Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Dua Buah Pengebom B-52 “Stratofortress” Di Kerah Ke Laut China Selatan

0 626

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat menghantar dua buah pesawat pengebom B-52 “Stratofortress ke Laut China Selatan untuk mengadakan latihan bersama dengan kapal pengangkut pesawat, (CVN-71) USS Theodore Roosevelt hari ini.

Kedua-dua pesawat B-52 yang dengan callsign “PEPSI 51 dan 51” terbang daripada pengkalan udara Barksdale di Amerika Syarikat dan memasuki Laut China Selatan menerusi Laut Sulu, berhampiran Sabah.

Pesawat pengebom itu kemudiannya meneruskan penerbangan ke pengkalan udara Andersen di Guam, di mana ia akan terlibat dalam operasi “Bomber Task Force” selama sebulan.

Kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt yang memasuki Laut China Selatan Sabtu lepas dikesan berada hanya 25 batu nautika daripada Scarborough Shoal (batuan maritime yang terletak kira-kira 120 batu nautika daripada Pulau Luzon, Filipina). Walaupun terletak hampir dengan Filipina, tetapi Scarborough Shoal itu telah dikuasai oleh China yang meletakkan kapal-kapal pengawal pantainya sejak 2012 dan menghalau mana-mana bot nelayan yang cuba menghampirinya.

B-52
Scarborough Shoal

Kapal Amphibious Assault Ship (LHA-6) “USS America” turut dikerah ke Laut China Selatan untuk bersama-sama kapal pengangkut pesawat terbabit.

Kedua-dua kapal itu dijangka mengadakan latihan bersama di Laut China Selatan.

Semalam, Amerika Syarikat turut menerbangkan pesawat pengintip “U-2S” yang diberi gelaran “Dragon Lady” di Laut China Selatan yang menjadi sumber ketegangan diantaranya dengan China.

Menurut aplikasi penjejak pesawat (flight tracker), pesawat pengintip itu dipercayai terbang daripada pengkalan udara Osan di Korea Selatan.

Ketegangan di Laut China Selatan memuncak beberapa hari selepas Jo Biden mengangkat sumpah apabila China menghantar puluhan pesawat tentera untuk menceroboh Zon Pertahanan Udara Taiwan (ADIZ) pada Sabtu dan Ahad lepas.

Dalam tempoh dua hari itu, sebanyak 28 buah pesawat China termasuk pengebom strategik H-6K dikesan menceroboh ADIZ Taiwan itu.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...