“Anka” Dikerah Ke Laut China Selatan, Jadi “Mata Dan Telinga” Negara

“Tiga buah dron MALE yang kita perolehi itu akan dikerah ke Laut China Selatan. Kita mesti mempunyai kemampuan mata dan telinga. Mata kita mesti mempunyai kemampuan untuk memandang jauh 350km daripada pantai, “ kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tiga buah sistem tanpa pemandu-MALE (Medium Altitude Long Endurance) “Anka” buatan Turkish Aerospace Industries (TAI) yang bakal diperolehi oleh Malaysia akan menjadi “mata dan telinga” negara dalam mengawasi perairan negara di Laut China Selatan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, negara perlu mempunyai “mata” untuk melihat dan “telinga” untuk mendengar apa sahaja yang berlaku di perairan negara terutama di Laut China Selatan.

“Tiga buah dron MALE yang kita perolehi itu akan dikerah ke Laut China Selatan. Kita mesti mempunyai kemampuan mata dan telinga. Mata kita mesti mempunyai kemampuan untuk memandang jauh 350km daripada pantai, “ kata beliau.

Sistem UAS-MALE “Anka-S” dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI)

 

Menurutnya, negara mesti mengetahui apa sahaja  di Laut China Selatan sebelum ia berlaku. 

“Di situ (Laut China Selatan) kepentingan negara adalah amat tinggi sekali, kepentinganya melebih  20 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita.  Ada di sana (Laut China Selatan) adalah telaga minyak dan telaga gas milik kita,” kata ketika menjawap soalan di Dewan Negara semalam.

Kata beliau, Laut China Selatan itu adalah kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik negara.

“Banyak pencerobohan telah berlaku. Berpuluh- puluh kali perairan kita telah dicerobohi dan kita tidak boleh berdiam diri dan melihat sahaja perairan kita dicerobohi,” katanya  sambil menambah, terdapat satu kuasa besar telah meletakkan aset-asetnya di dalam kawasan perairan negara.

Kuasa besar itu sedang meletakan aset miliknya “24 jam satu hari, tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun” di kawasan perairan ZEE negara, kata Mohamad Hasan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan ketika berada di Turkiye baru-baru ini. (kredit FB Tok Mat)

 

Malaysia dijangka memperolehi varian Anka-S.

Pesawat tanpa pemandu kebanggaan industri pertahanan Turki itu berkemampuan melaksanakan pelbagai misi seperti Intelligence,Surveillance dan Reconnaisance (ISR), communication relay, target acquisition dan tracking.

Kesemua kemampuan itu dilakukan secara “real-time.”

Struktur komposit pesawat tanpa pemandu Anka-S itu mengintegrasikan komputer kawalan penerbangan otonomi yang dibangunkan oleh syarikat Turki sendiri bagi membolehkan UAS itu melaksanakan penerbangan menggunakan navigasi waypoint dan kawalan penerbangan.

Sistem kawalan penerbangan otonomi itu membolehkan Anka-S itu “pulang” ke lokasi sebagaimana telah ditetapkan terlebih dahulu, sekiranya ia berhadapan dengan kehilangan komunikasi dengan stesen kawalan daratnya.

Radar Synthetic Aperture r(SAR), Inverse SAR (ISAR) dan radar Ground Moving Target Indicator (GMTI) yang dibawa oleh Anka-S itu digunakan untuk mengesan, mengenalpasti  dan menjejak sasaran statik atau bergerak di daratan.

Pesawat Tanpa Pemandu “Anka” dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI)

 

Selain itu,pesawat UAS-MALE Anka-S itu juga dilengkapkan dengan struktur radome yang memiliki antenna komunikasi satelit (satcom) yang berkuasa tinggi, memberikan ia komunikasi Beyond-Line-Of-Sight (BLOS) kelajuan tinggi.

Dengan kemampuan membawa muatan lebih daripada 200kg,  Anka-S mampu melaksanakan pelbagai misi bergantung kepada muatan yang dibawanya.

Anka-S dilengkapi dengan kamera electro-optic / infrared (EO / IR) generasi terkini bagi membolehkan ia mengambil gambar dan video di dalam semua jenis keadaan cuaca, tidak kira malam atau siang.

Sistem pesawat tanpa pemandu itu memiliki sistem Identification Friend or Foe (IFF), laser designator dan juga laser range finder.

Anka-S dilengkapi dengan dua stesen senjata yang membolehkan ia membawa sistem persenjataan seperti sistem pelancar peluru berpandu Smart Micro Munition (MAM-L) dan pod pelancar roket CIRIT 2.75in bagi membolehkan ia menangani ancaman daripada kereta-kereta perisai,anggota tentera, kubu serta stesen radar musuh.

“Anka” pada pameran DSA 2022 tahun lepas.

 

Anka-S menggunakan enjin turboprop PD170 yang dibangunkan secara dalam negara oleh Turkish Engine Industries (TEI) dibawah kontrak dengan TAI pada 2014.

Enijn pesawat tanpa pemandu itu menggunakan minyak diesel dan JP-8 jet fuel yang memberikan kuasa maksimum sebanyak 150 kuasa kuda.

Pesawat tanpa pemandu keluaran TAI itu berkemampuan berada di udara lebih daripada 24 jam dan terbang di ketinggian 30,000 kaki. 

Satu pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah pun berada di Turkiye pada akhir tahun lepas untuk melihat dengan lebih teliti kontrak perolehan sistem pesawat tanpa pemandu-jarak sederhana  UAS-MALE “Anka” yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI).

Sebagaimana dipetik oleh agensi berita nasional BERNAMA, Panglima TUDM Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata, pasukan TUDM itu juga melihat lebih dekat pesawat tanpa pemandu itu.

“Pesawat MALE-UAS yang kita akan beli atau menandatangani LOA adalah dari jenis Anka dari Turkiye. Pada minggu ini pasukan TUDM telah berada di Turkiye untuk melihat pengurusan aspek kontrak dan pesawat berkenaan,” katanya.– DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

AnkaDronfeaturedMALEMohamad HasanTAI