[VIDEO] Meriam ERCA Mampu Tembak Sejauh 70km

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Darat Amerika Syarikat sedang membangunkan meriam 155mm dengan 58 caliber yang mampu melontar projectile (peluru) sejauh 70km, jauh mengatasi jarak meriam oleh pesaing-pesaingnya terutama Russia.

Dipanggil sistem “Extended Range Cannon Artillery” (ERCA), menggunakan peluru meriam “Excalibur” ia berjaya memusnahkan sasaran yang terletak sejauh 70km dalam satu ujian yang diadakan di Yuma Proving Ground di Arizona pada 19 Disember lepas.

SILA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE “DEFENCE SECURITY ASIA”

Tentera Darat Amerika Syarikat dikatakan sedang berusaha untuk meningkatkan kemampuan meriam-meriam untuk memusnahkan sasaran daripada jarak yang lebih daripada pesaingnya iaitu Russia dan menerusi meriam ERCA ia mampu berbuat demikian.

Dalam ujian yang dijalankan pada 17 Disember itu, meriam ERCA menggunakan chasis kenderaan self-propelled howitzer M109A6 Paladin menggantikan meriam 39 caliber dengan meriam ERCA yang bersaiz 58 caliber. Digabungkan dengan peluru Excalibur dan propellant XM1113, tentera darat mampu mencapai jarak sasaran sejauh 70km itu.

Meriam ERCA yang sedang di dalam ujian ketika ini memiliki ketinggian 30 kaki.

Pada masa ini, kebanyakkan meriam 155mm yang merupakan meriam jarak jauh yang standard di pasaran adalah 52 caliber.

Pada ketika ini, jarak standard bagi meriam 155mm adalah 40km ++.

Sebenarnya pada Mei lepas, tentera darat Amerika Syarikat menggunakan meriam ERCA dan gabungan peluru Excalibur dan propellent telah berjaya menembak projectile sejauh 65km jauhnya menerusi dua tembakan.

Panjang meriam ERCA yang dipasang pada chassis M109A6 Paladin.

Tentera Darat Amerika Syarikat dijangka mula mengoperasikan meriam ERCA pada 2023.

Selepas ini bolehlah dijangkakan, negara-negara lain seperti Russia dan China akan berusaha untuk mencapai jarak 70km bagi meriam-meriam mereka.

Bagaimanapun Amerika Syarikat juga sedang berusaha untuk meningkatkan jarak tembakan meriam mereka kepada 150km.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Amerika SyarikatERCAMeriamTeknologi PertahananYuma Proving Ground