Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Antara Senjata Dan Vaksin COVID-19 Untuk Rakyatnya, Filipina Pilih Senjata?

0 380

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagaimana yang telah dilaporkan oleh media sebelum ini, Filipina telah berbelanja berbilion-bilion dollar untuk membangunkan ketiga-tiga cabang angkatan tentera daripada darat, udara dan laut.

Daripada dua buah friget baharu yang dibelinya daripada Korea Selatan, cadangan membeli kapal selam “Scorpene” daripada Perancis, hasrat mendapatkan pesawat F-16, helikopter penyerang A129 ATAK daripada Turki, meriam Soltam 155mm dan infantry fighting vehicle daripada Israel dan senarai pembeliannya memang panjang.

covid
Kapal friget Tentera Laut Filipina Jose Rizal.

Mungkin disebabkan keghairahan Filipina meningkatkan kemampuan angkatan tenteranya dengan senjata-senjata moden, ia telah “terlupa” untuk menyediakan peruntukan kewangan daripada kantungnya sendiri untuk membeli vaksin COVID-19 bagi rakyatnya.

Terbaru, media negara itu, Philippine Daily Inquirer mengatakan ia telah melihat dokumen yang menyatakan kerajaan Presiden Rodrigo Duterte sedang memohon pinjaman baharu berjumlah US$300 juta (RM1.2 bilion) daripada Bank Dunia bagi membolehkan negara itu membeli vaksin bagi menangani penyakit COVID-19.

covid
Presiden Filipina Rodrigo Duterte dengan raifal penembak tepat Galil.

Sebelum itu, pada April tahun lepas Bank Dunia telah pun memberikan pinjaman US$100 juta kepada Filipina untuk membeli vaksin.

Menurut Bank Dunia yang berpengkalan di Washington, ia akan melihat permohonan Filipina untuk kelulusan  mendapatkan pinjaman bagi pembelian vaksin COVID-19 pada suku pertama tahun ini.

Sebenarnya Bank Dunia telah pun meluluskan pinjaman kepada Filipina pada April tahun lepas untuk membeli pelitup muka, ventilator, pelitup muka N95 dan sarung tangan dalam usahanya menangani COVID-19.

covid

Selain daripada permohonan pinjaman dengan Bank Dunia, Manila juga memohon dengan Asian Development Bank (ADB) untuk mendapatkan pinjaman berjumlah US$325 juta untuk mendapatkan vaksin dibawah program Asia-Pacific Vaccine Access Facility (Apvax).

Selain pinjaman-pinjaman untuk membeli vaksin COVID-19, kerajaan Filipina juga melakukan pinjaman berjumlah US$900 juta bagi membantu ekonominya menangani kesan-kesan negatif akibat penularan wabak penyakit COVID-19.

Secara keseluruhannya, sehingga pertengahan Disember tahun lepas Filipina telah meminjam sebanyak US$13.36 billion di dalam bentuk hutang dan geran  untuk membantu negara itu menangani COVID-19.

Sehingga 22 Disember lepas, sebanyak 462,000 penduduk Filipina dijangkiti COVID-19 manakala jumlah kematian pula adalah lebih 9,000 orang.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...