Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dron Pengintip Dasar Laut China Cari Laluan Kapal Selam Ke Lautan Hindi

0 573

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dron pengintip dasar laut (Unmanned Underwater Vehicle) milik China yang ditemui oleh nelayan Indonesia di perairan selatan Sulawesi baru-baru ini menunjukkan negara Komunis sedang mencari laluan baru di Selat Sunda dan Selat Lombok bagi kapal-kapal selamnya yang mahu ke Lautan Hindi.

UUV “Sea Wing” yang ditemui berhampiran Pulau Selayar di selatan Sulawesi itu terletak berdekatan dengan kedua-dua selat di dalam sempadan maritim Indonesia yang menghubungkan Laut China Selatan dengan Lautan Hindi.

uuv

“Kedua-dua laluan di Selat Sunda dan Selat Lombok bakal menjadi amat penting kepada angkatan kapal selam China sekiranya peperangan berlaku.

“Sebarang maklumat perisikan yang berjaya diperolehi oleh dron bawah laut itu amat berguna untuk kapal-kapal selam China sekiranya mereka bercadang menggunakan laluan-laluan di kedua-dua selat terbabit pada waktu peperangan,” menurut artikel yang diterbitkan oleh majalah tentera laut, Naval News baru-baru ini.

UUV
UUV China jenis “Sea Wing” yang ditemui oleh nelayan Indonesia “Saeruddin” pada 20 Disember tahun lepas di Pulau Selayar, selatan Sulawesi.

Penemuan UUV milik China itu menunjukkan aktiviti yang sedang dijalankan oleh pihak China, sama ada tentera atau awam dalam mencari laluan-laluan yang berpotensi digunakan oleh kapal-kapal selamnya untuk ke Lautan Hindi menggunakan perairan Indonesia.

Mungkin mereka bimbang sekiranya Selat Melaka ditutup sewaktu konflik, mereka tidak mempunyai laluan lain ke Lautan Hindi dan kerana itulah mereka aktif mencari laluan baru dan nampaknya kedua-dua selat itu adalah jalan alternatif walaupun jauh.

uuv
Selat Sunda
uuv
Selat Lombok

Nelayan Indonesia menemui UUV itu di perairan Pulau Selayar pada 20 Disember lepas.

Antara maklumat yang menjadi minat UUV itu mungkin suhu dasar laut, turbidity, salinity dan tahap oksigen yang bukan sahaja penting untuk para pengkaji marin tetapi juga perancang-perancang tentera laut terutama untuk operasi kapal selam.

Maklumat-maklumat ini amat penting untuk menyokong operasi kapal selam.

uuv
Kapal Selam China

Ini bukanlah kali pertama kenderaan UUV China ditemui di perairan Indonesia.

Pada Januari lepas, sebuah Sea Wing UUV ditemui di Masalembu yang terletak kira-kira 400 batu di barat Pulau Selayar, manakala pada Mac tahun lepas, sebuah kenderaan bawah air yang sama ditemui di kepulauan Riau, berhampiran dengan Natuna.

Pihak China mendakwa Sea Wing UUV boleh berada di perairan selama 30 hari dan menyelam pada kedalaman sehingga empat batu di bawah permukaan air.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...