Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

India Kerah 11 Buah Kapal Selamnya Secara Serentak, “Show of Force” Pada China

Pada ketika ini, Tentera Laut India mengoperasikan 16 buah kapal selam konvensional termasuk lima buah kapal selam kelas-Scorpene, empat buah kapal selam HDW dan tujuh buah kapal selam kelas-Kilo.

0 1,081

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam satu “pertunjukkan kekuasaan” (show of force), Tentera Laut India telah mengerahkan 11 buah kapal selam konvensional  dalam satu operasi di Laut Arab yang secara tidak langsung turut mensasarkan musuh tradisinya, China,  lapor media negara itu.

Ia adalah kali pertama ini India melakukan pertunjukkan kekuasaan armada kapal selam konvensionalnya di dalam tiga dekad.

Pertunjukkan kekuasaan itu berlainan dengan apa yang berlaku sedekad lalu di mana kekuatan armada kapal selam India menurun, kemalangan dan perlupusan aset-aset.

 “Ia adalah sesuatu yang amat penting bagi negara. Sejak menyertai Tentera Laut, saya tidak pernah melihat kerahan kapal-kapal selam secara serentak dalam jumlah yang tinggi.”

“Ini adalah kerana kita tidak mempunyai bilangan kapal selam yang tinggi dalam satu-satu operasi dan kekuatan armada terjejas akibat penyelenggaraan dan pelbagai sebab lain,” menurut satu sumber kepada media negara itu.

India

Sumber lain pula mengatakan, kali terakhir armada kapal selam berada pada kekuatan tertingginya adalah pada awal 90-an dimana armada kapal selam negara itu memiliki lapan buah kapal selam kelas-Kilo, empat buah kapal selam HDW dan empat buah kapal selam Foxtrot yang diperbuat oleh Russia.

“Bagaimanapun sejak daripada itu, armada kapal selam India telah terjejas akibat pelbagai isu, Malah penghantaran kapal-kapal selam kelas-Scorpene telah tertanggunh beberapa kali,” menurut seorang lagi sumber kepada media India.

Pada ketika ini, Tentera Laut India mengoperasikan 16 buah kapal selam konvensional termasuk lima buah kapal selam kelas-Scorpene, empat buah kapal selam HDW dan tujuh buah kapal selam kelas-Kilo.

Pada tahun depan, India dijangka akan mengoperasi 17 buah kapal selam konvensional.

India

“Apa yang penting adalah kesiagaan operasi. Kapal selam Scorpene adalah baru dan tahap kesiapsiagaannya adalah tinggi, Kapal selam HDW buatan Jerman pula mengekalkan kedudukannya sebagai aset yang boleh diharap dan tinggi dalam prestasinya.”

“Kapal-kapal selam ini akan terus beroperasi untuk tentera laut India dalam tempoh 10 hingga 15 tahun lagi.”  — DSA

Iklan

Comments
Loading...