Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dengan Harga Per-Unit Yang Kompetitif, Adakah L-15 Mampu Tarik Perhatian TUDM?

Bagi negara yang mementingkan tentang kos, harga bagi sebuah pesawat L-15B buatan China ini dianggarkan di antara US$10 juta hingga US$15 juta sebuah (RM40 juta hingga RM60 juta) adalah amat kompetitif di pasaran. Adakah TUDM berminat dengan pesawat L-15 buatan China ini?

0 16,793

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dari jauh pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) “L-15B” buatan syarikat pembuat pesawat China,  Hongdu Aviation Industry Group Ltd (HAIG) kelihatan seperti pesawat pejuang mini F/A-18 Hornet atau F-16 buatan Amerika Syarikat dengan rekabentuknya seperti pesawat pejuang Barat yang amat menarik.

Sebagaimana diketahui, akhbar tempatan baru-baru ini mengatakan pesawat L-15B itu turut menyertai persaingan tender Kementerian Pertahanan untuk membekalkan 18 buah pesawat FLIT/LCA kepada TUDM.

Harga bagi sebuah pesawat L-15B dianggar di antara US$10 juta hingga US$15 juta sebuah (RM40 juta hingga RM60 juta).

Pesawat L-15 Hongdu itu dipasarkan oleh China National Aero-Technology Import and Export Corporation (CATIC) yang merupakan agensi kerajaan China bertanggungjawab memasarkan produk-produk aviation keluaran pelbagai syarikat negara itu kepada pasaran dunia.

Protaip pesawat supersonic L-15B “Falcon” yang dibangunkan oleh syarikat Hongdu berpengkalan di Nanchang itu mula terbang pada pada 2006, dijana oleh dua enjin yang diperbuat oleh syarikat Ukraine “Ivchenko-Progress”, AL-222 turbofans.

Pesawat TUDM
Pesawat L-15 yang dibangunkan oleh syarikat China.

 

Pesawat L-15B itu direkabentuk dengan kelengkapan seperti pesawat generasi ke-4 termasuk glass cockpit dengan multi-fuction display, HOTAS dan lain-lain untuk menyediakan juruterbang-juruterbang Tentera Udara China menerbangkan pesawat-pesawat pejuangnya yang lebih canggih seperti Su-30, Su-35, J-10, J-16 dan J-20.

Dengan dua enjin turbofans buatan Ukraine itu, pesawat L-15B China ini mampu mencapai kelajuan sehingga 1.4 Mach, manakala radius operasi pesawat pula adalah sekitar 3,100km (bergantung kepada bebanan yang dibawanya. Jika semakin berat bebanan dibawanya, maka semakin pendeklah jarak operasi pesawat).

Pesawat L-15B yang pada masa ini melengkapi tujuh skuadron FLIT/LCA Tentera Udara China dan turut dilengkapkan dengan radar jenis “Passive Electronically Scanned Array (PESA)” yang membolehkan ia mengesan sama ada sasaran di udara atau darat sejauh kira-kira 111km.

Ia juga dilengkapi dengan Radar Warning Receiver di bahagian ekornya bagi membolehkan pesawat mengelak serangan peluru berpandu darat ke udara, serta IFF (Identification Friend of Foe) bagi mengelak insiden tertembak pesawat sahabat.

Pesawat L-15B yang dikatakan ditawarkan kepada TUDM untuk program FLIT/LCA itu memiliki sembilan hardpoints untuk membolehkan ia membawa sehingga empat tan persenjataan terdiri daripada peluru berpandu dan bom-bom.

Tempat duduk instructor boleh diubahsuai untuk menjadi kokpit bagi WSO (Weapon System Officer) untuk membolehkan pesawat L-15B itu melaksanakan tugas-tugas sebagai pesawat pejuang ringan untuk membedil sasara-sasaran musuh.

Pesawat FLIT/LCA buatan China ini juga dikatakan berkemampuan untuk membawa peluru-peluru berpandu udara-ke-udara daripada jenis PL-10 (short range) dan PL-12 Beyond Visual Range (BVR) yang berkemampuan membedil sasaran udara sejauh 62 batu.

Pesawat TUDM

Setakat ini, tiada maklumat sama ada pesawat L-15B di dalam versi FLIT/LCA ini mampu membawa peluru berpandu udara-ke-udara BVR terbaru China iaitu PL-15 yang boleh menjangkau sasaran sehingga 150 batu.

Bagaimanapun, kemungkinan L-15B itu untuk dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara terbaru China itu tetap ada, tetapi mungkin untuk versi MRCA-nya.

Ya, syarikat Hongdu sejak beberapa tahun lepas turut membangunkan pesawat L-15 ke tahap Multi Role Combat Aircraft (MRCA) dengan kemampuan yang lebih ampuh daripada segi kuasa radarnya serta sistem persenjataanya.

Menaiktaraf pesawat-pesawat yang pada mulanya direkabentuk sebagai pesawat FLIT/LCA ke versi MRCA bukanlah sesuatu yang pelik kerana Korea Aerospace Industries (KAI) turut melakukannya terhadap pesawat FA-50, Hindustan Aeronatics Ltd (HAL) terhadap pesawat “Tejas”, malah Pakistan turut melakukannya terhadap pesawat J-15 Thunder.

Apa yang perlu adalah sumber kewangan yang mencukupi.

Jika TUDM pada suatu hari nanti mahu menaiktaraf pesawat-pesawat FLIT/LCA ke versi MRCA pun boleh, hanya apa yang diperlukan adalah duit.

Sementara itu pesawat L-15B di dalam versi FLIT/LCA itu juga boleh membawa jamming pod bagi membolehkannya melaksanakan tugasnya sebagai sebuah pesawat peperangan elektronik pula.

Pesawat TUDM
Pesawat L-15

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...