Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Greek Amat Takut Dengan Peluru Berpandu Balistik “Tayfun” – Erdogan

Pada 18 Oktober yang lalu , Turkiye telah melancarkan peluru berpandu balistik jarak dekat (short range ballistic missile –SRBM) pertama negara dinamakan “Tayfun” (Typhoon) yang mampu membedil sasaran sejauh 560km.

0 2,275

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Peluru berpandu balistik “Tayfun” yang dibangunkan oleh industri pertahanan Turkiye amat “menakutkan” Greek,  menurut presiden negara itu Recep Tayyep Erdogan, sambil menambah bahawa peluru berpandu itu mampu membedil ibu negara Greek iaitu Athens.

Erdogan juga memberi amaran kepada Greek supaya tidak meningkatkan aktiviti ketenteraan di pulau-pulau Aegean yang terletak berhampiran dengan wilayah Turki.

“Ketika ini apabila kita mula membina peluru-peluru berpandu dan semestinya ia menakutkan Greek. Apabila anda menyebut (peluru berpandu) “Tayfun”, pihak Greek amat ketakutan. Greek menyatakan ia (Tayfun) akan membedil Athens, sudah tentu ia akan membedilnya (Athens),” kata presiden Turki itu dalam satu majlis di wilayah Samsun.

Beliau juga berkata bahawa Turki tidak akan berdiam-diri melihat Greek membeli senjata daripada Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

“Turki tidak akan berdiam-diri kerana ia akan berbuat sesuatu,” kata beliau.

Tayfun
Ujian pelancaran “Tayfun”pada 18 Oktober lepas.

 

Pada 18 Oktober , Turkiye telah melancarkan peluru berpandu balistik jarak dekat (short range ballistic missile –SRBM) pertama negara yang dinamakan “Tayfun” (Typhoon).

Peluru berpandu balistik jarak dekat pertama Turkiye itu dilancarkan daripada bandar pelabuhan Rize dan mengenai sasaran yang terletak sejauh 560km.

Ia adalah jarak paling jauh pernah dicapai oleh mana-mana peluru berpandu yang dihasilkan oleh Turkiye sebelum ini.

Peluru berpandu balistik jarak dekat “Tayfun” yang dilancar menggunakan platform mengambil masa 456 saat untuk mengenai sasaran sejauh 560km itu.

Peluru berpandu balistik jarak dekat pertama Turkiye itu telah dihasilkan oleh firma pertahanannya, ROKETSAN.

Tayfun
Peluru berpandu balistik “Tayfun” yang dibangunkan oleh syarikat ROKETSAN.

 

 

Turkiye difahamkan berusaha secara rahsia selama beberapa tahun untuk membangunkan peluru berpandu balistik jarak dekat itu serta beberapa sistem peluru berpandu yang lain.

Bekas pegawai kanan tentera Greek, Jeneral Frangoulis Fragos mendakwa pihak Turki sedang membangunkan peluru berpandu balistik yang boleh membedil sasaran sejauh 2,500km.

“Peluru berpandu Tayfun akan menjadikan Turki sebuah kuasa di rantau ini dan membolehkan ia mengambil peranan yang lebih besar,” katanya.

Sebelum “Tayfun” yang boleh membedil sasaran sejauh 560km, syarikat ROKETSAN turut telah membangunkan sistem peluru berpandu “Bora” yang mencapai jarak sejauh 280km dan telah beroperasi sejak 2017.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Bagaimanapun, syarikat ROKETSAN sedang membangunkan Bora-2 yang dijangka mampu membedil sasaran lebih jauh berbanding Bora.

Erdogan juga berkata bahawa negara itu sedang membangunkan dua jenis peluru berpandu dikenali dengan nama “Cenk” dan “Gezgin” dan berjanji kepada rakyat Turkiye bahawa akan ada “berita baik” tentang pembangunan kedua-dua peluru berpandu itu tidak lama lagi. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...