Apa Istimewanya “Air Force One” Presiden AS Bernilai RM15.6 Bilion?
Dua buah pesawat rasmi kegunaan Presiden Amerika Syarikat yang juga pemerintah tertinggi tentera negara itu bernilai RM15.6 bilion, berkemungkinan menjadikan ia pesawat termahal di dunia.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dijangkakan pada tahun 2024, Presiden Amerika Syarikat Jo Biden akan menerima dua buah pesawat “Air Force One” yang baru bernilai US$3.9 bilion (RM15.6 bilion) yang akan menjadi “Rumah Putih Bergerak” atau “The Flying White House”.
Dua buah pesawat rasmi kegunaan Presiden Amerika Syarikat yang juga pemerintah tertinggi tentera negara itu bernilai RM15.6 bilion, berkemungkinan menjadikan ia adalah pesawat termahal di dunia.
Kedua-dua Air Force One itu adalah pesawat Boeing 747-200B dengan tail number 28000 dan 29000, dengan Tentera Udara Amerika Syarikat secara rasminya memanggil VC-25A. (pesawat Air Force One pada masa ini)
Ketika Presiden Amerika Syarikat menaiki salah sebuah pesawat Air Force One atau mana-mana pesawat untuk tugasan rasmi, secara teknikal call sign radio bagi pesawat berkenaan adalah Air Force One.
Ya, Air Force One itu adalah call sign bagi pesawat itu dan jika sekiranya Presiden Amerika Syarikat menaiki pesawat lain, call sign pesawat itu dikalangan pihak keselamatan negara kuasa besar dunia itu tetap Air Force One.
Menurut Tentera Udara Amerika Syarikat, misi utama Air Force One atau VC-25 adalah untuk menyediakan kemudahan pengangkutan udara kepada presiden negara itu pada waktu aman dan waktu konflik.
Kedua-dua Air Force One itu dikendalikan oleh unit 89th Airlift Wing yang beroperasi daripada Joint Base Andrews di Maryland.
Ia tidak akan terbang secara serentak, jika salah sebuah pesawat Air Force One itu terbang maka sebuah lagi akan berada di darat. Ia tidak akan terbang secara serentak.
Ok,apa yang istimewanya tentang kedua-dua pesawat Boeing 747 yang dinamakan Air Force One sehinggakan kerajaan Amerika Syarikat terpaksa membelanjakan RM15.6 bilion (mungkin lebih apabila siap pada 2024) untuk memilikinya.
Walaupun kesemua “keistimewaan” Air Force One itu akan kekal menjadi rahsia pihak tentera dan kerajaan Amerika Syarikat, namun beberapa ciri utamanya telah didedahkan sama ada oleh pembuat pesawat itu, Boeing atau kerajaan negara itu sendiri.
— Kedua-dua pesawat Air Force One itu dilengkapi dengan Pusat Pemerintahan dan Kawal (command center), dengan komponen elektroniknya dilindungi daripada sebarang serangan electromagnetic pulse.
— Sistem komunikasi adalah dilindungi (secure) dari sebarang serangan atau godaman oleh pihak musuh.
— Apa akan jadi sekiranya berlaku kecemasan melibatkan perubatan ketika pesawat berada di udara. Jangan bimbang kerana selain turut membawa doktor dan pegawai kesihatan, Air Force One juga dilengkapi dengan ruangan bedah yang lengkap.
— Air Force One boleh memuatkan seramai 70 orang kerana selain Presiden Amerika Syarikat, penumpang juga boleh membawa penasihatnya, anggota kabinetnya, media, Secret Service dan tetamu lain yang dijemput.
— Pesawat Air Force One boleh diisi minyak ketika ia terbang (air-to-air refuelling) bagi membolehkan ia terus berada di udara untuk tempoh masa yang amat lama, untuk mengelak ia daripada mendarat di kawasan-kawasan yang berkonflik untuk mengisi minyak. Pesawat dilengkapi dengan peralatan khas (probe) bagi membolehkan ia mengisi minyak ketika di udara.
— Ruangan di dalam Air Force One itu amatlah luas iaitu seluas 4,000 kaki persegi dan setinggi tiga tempat, Pesawat juga dilengkapi dengan gymnasium, bilik persidangan dan pelbagai kemudahan lain.
— Selain itu ia juga memiliki kemudahan 85 telefon dan kemudahan telekomunikasi dunia moden ketika ini termasuk WIFI.
— Badan pesawat itu adalah diperbuat daripada armor-plating manakala cermin di pesawat juga adalah kalis peluru bagi membolehkan mereka yang berada di dalam Air Force One itu benar-benar berada di dalam kubu (bunker).
— Kelajuan maksimum Air Force One ada 600 batu sejam yang hampir menyamai kelajuan bunyi, selain boleh terbang ke ketinggian 45,100 kaki yang lagi tinggi daripada pesawat komersial lain terbang.
Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store:
— Menerbangkan Air Force One adalah amat mahal berdasarkan kenyataan oleh satu badan bukan kerajaan di negara itu yang menyatakan bahawa satu penerbangan yang dekat dalam negeri oleh bekas Presiden Trump telah menelan belanja US$1.5 juta (RM6 juta).
— Untuk pesawat Air Force One baru yang sedang dibina oleh Boeing pada ketika ini, antara kelengkapan baru yang didakwa bakal dipasang di pesawat baru Presiden Amerika Syarikat itu termasuklah sistem laser untuk menembak jatuh peluru berpandu musuh yang dilancarkan terhadapnya.
Dengan segala “keistimewaan” yang didedahkan dan menjadi rahsia sehingga kini, maka tidak hairanlah kedua-dua pesawat Air Force One itu menelan belanja RM15.6 bilion untuk memilikinya. — DSA
Comments are closed.