Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Selamat Tinggal A-10 “Thunderbolt”, Bakal Dipencenkan Menjelang 2029

Dilengkapi dengan tujuh meriam 30mm GAU/Avenger “Gatling Gun” yang berkemampuan meledak 3,900 tembakan seminit untuk memusnahkan kereta kebal,kereta perisai dan kedudukan tentera musuh, pesawat A-10 Thunderbolt sememangnya adalah igauan ngeri bagi anggota tentera musuh di darat.

0 3,704

(DEFENCE SECURITY ASIA) – BRRTTTT!!! Menyedari bahawa pesawat A-10 “Thunderbolt” tidak lagi berkemampuan untuk “menyelamatkan” dirinya daripada sistem pertahanan udara moden masa kini, pihak tentera Amerika Syarikat telah  memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan pesawat pejuang itu menjelang tahun 2029.

Tahun ini, usia pesawat A-10 yang lebih dikenali dengan panggilan “Warthog” (babi hutan) ini sudah pun mencecah 51 tahun sejak ia mencatat penerbangan sulungnya pada tahun 1972.

Ketika dibangunkan, pesawat-pesawat A-10 Thunderbolt dibangunkan untuk melaksanakan misi di Eropah ketika ketegangan Perang Dingin sedang memuncak, tetapi pesawat itu sebenarnya lebih banyak melihat aksi ketika Perang Teluk serta konflik di Afghanistan apabila ia menjadi begitu popular dengan anggota tentera darat Amerika.

Malah prestasi baiknya ketika Perang Teluk dan konflik di Afghanistan telah menyelamatkan pesawat A-10 itu daripada ditamatkan khidmatnya lebih awal oleh pihak tertinggi tentera udara Amerika Syarikat.

Dilengkapi dengan tujuh meriam 30mm GAU/Avenger “Gatling Gun” yang berkemampuan meledak 3,900 tembakan seminit untuk memusnahkan kereta kebal,kereta perisai dan kedudukan tentera musuh, pesawat A-10 Thunderbolt sememangnya adalah igauan ngeri bagi armor dan infrastruktur pertahanan musuh. 

A-10 Thunderbolt

 Selain meriam 30mm dengan pelurunya sebesar botol Coca Cola, pesawat A-10 itu juga dilengkapi dengan peluru berpandu “Maverick” dan bom-bom panduan JDAM.

Sebenarnya tentera Amerika Syarikat sudah mula bercadang untuk menamatkan khidmat pesawat A-10 itu seawal tahun 1991,tetapi ia gagal dilaksana disebabkan prestasi baik yang ditunjukkan oleh pesawat itu dalam Perang Teluk dimana ia memusnahkan ratusan kereta kebal serta kereta perisai milik tentera Saddam Hussein dan konflik Afghanistan.

Mengikut perancangan terkini, tentera Udara Amerika Syarikat akan mula membersarakan 21 buah pesawat A-10 miliknya pada tahun ini diikuti perkhidmatan-perkhidmatan lain, sehinggalah kesemua 281 buah pesawat itu ditamatkan perkhidmatannnya menjelang 2029.

Ketua Staf Tentera Udara Amerika Syarikat CQ Brown mengatakan penamatkan khidmat 21 buah pesawat A-10 itu adalah permulaan, dengan kesemua pesawat itu akan dibersarakan di dalam tempoh “lima hingga enam tahun ini.”

A-10 Thunderbolt

Pada akhir dekad ini, beliau menjangkakan tiada lagi pesawat A-10 Thunderbolt.

Penganalisis ketenteraan di Washington berpendapat pesawat-pesawat Thunderbolt itu sukar untuk “selamat” apabila berhadapan dengan sistem pertahanan udara moden pada masa ini, terutamanya apabila berhadapan dengan sistem pertahanan udara jarak dekat “Tor”, jarak sederhana “Buk” atau jarak jauh S-400 “Triumf” milik Russia.

Ini tidak termasuk sistem-sistem pertahanan udara China yang kini “bersepah” digunakan oleh pelbagai negara di serata dunia dan oleh kumpulan-kumpulan militan yang anti-Amerika.

A-10 Thunderbolt
Peluru meriam 30mm milik pesawat A-10 “Thunderbolt”

 

Tempat pesawat A-10 yang direkabentuk sebagai pesawat “close air support” (CAS) itu pada mulanya diambilalih oleh pesawat F-16 tetapi memandangkan pesawat itu juga telah berusia dan juga akan dibersarakan di dalam tidak tempoh sedekad lagi, maka Amerika Syarikat merancang menggantikan pesawat Thunderbolt itu dengan pesawat-pesawat F-35. 

Persoalannya,adakah pesawat F-35 berkemampuan memainkan peranan sebagai pesawat Close Air Support (CAS) yang berkesan sebagaimana dimainkan oleh pesawat-pesawat A-10 Thunderbolt itu? — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...