Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Buat Pertama Kali, China Akui Pesawat Pengangkut Y-20 Beroperasi Dari Laut China Selatan

Dalam laporan di akhbar “Global Times” milik kerajaan China, tentera negara itu baru-baru ini mengatakan pesawat-pesawat pengangkut Xian Y-20 telah mengangkut anggota tenteranya dariapada “pulau-pulau buatan manusia” di Fiery Cross Reef, Subi Reef dan Mischief Reef di Kepulauan Spratly untuk dihantar ke tanah besar China.

0 2,837

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama kali, pihak tentera China mengaku bahawa pesawat-pesawat pengangkut gergasinya, Xian Y-20 kini beroperasi daripada “pulau-pulau buatan manusia” yang didudukinya secara haram di Laut China selatan.

Dalam laporan di akhbar “Global Times” milik kerajaan China, tentera negara itu baru-baru ini mengatakan pesawat-pesawat pengangkut jarak jauh Xian Y-20 telah mengangkut anggota tenteranya dariapada “pulau-pulau buatan manusia” di Fiery Cross Reef, Subi Reef dan Mischief Reef di Kepulauan Spratly untuk dihantar ke tanah besar China.

Sebelum ini, pengangkut anggota tentera sama ada dari atau ke pulau-pulau buatan manusia itu hanya menggunakan kapal-kapal laut dan tidak pesawat pengangkut.

Ini adalah kali pertama pesawat pengangkut Xian Y-20 beroperasi daripada pulau-pulau buatan manusia China itu.

Ia menunjukkan bahawa tentera China boleh meningkatkan kekuatannya di “pulau-pulau buatan manusianya” di Laut China Selatan dengan pantas.

Y-20

Sebagaimana yang kita tahu, pesawat pengangkut Xian Y-20 merupakan antara 16 buah pesawat tentera China bersama pesawat pengangkut Ilyushin IL-76 yang menceroboh Zon Maritim Malaysia (ZMM) dan Kota Kinabalu FIR pada 31 Mei lepas.

Pada ketika itu, terdapat spekulasi kuat bahawa 16 pesawat penceroboh China itu sememangnya dilancarkan daripada “pulau-pulau buatan manusia China itu.”

Terumbu karang, Fiery Cross Reef yang bertukar wajah menjadi sebuah “pulau” akibat penambakan besar-besaran China terletak tidak jauh daripada pantai Sabah.

Ia sememangnya terletak amat dekat dengan Sabah dan Sarawak.

Laut China Selatan

Selepas daripada insiden pada 31 Mei itu, jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin mengesahkan bahawa pesawat-pesawat pengangkut China yang melakukan penerbangan provokatif berhampiran ruang udara Malaysia itu “sedang menjalani latihan di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan.”

Dalam satu lagi aktiviti ketenteraan, pihak tentera China mengesahkan ia mengadakan latihan pendaratan anggota tentera dan kelengkapan di pantai-pantai di Laut China Selatan.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...