Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kemasukan Pesawat LCA/FLIT Akan Tingkat Kemampuan Operasional TUDM

Tender bagi pesawat LCA/FLIT itu telah dibuka oleh Kementerian Pertahanan pada 22 Jun lepas.

0 10,688

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hari ini (22 Sept 2021) merupakan tarikh akhir bagi proses tender 18 buah pesawat Light Combat Aircraft/Fighter Lead-In Trainer (LCA/FLIT) bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Tender bagi pesawat LCA/FLIT itu telah pun dibuka oleh Kementerian Pertahanan pada 22 Jun lepas.

Menurut Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang baru-baru ini, tender bagi fasa pertama perolehan 18 LCA/FLIT TUDM telah menarik minat lapan buah syarikat pembuat pesawat antarabangsa.

TUDM dijangka membuat pesanan kedua bagi 18 buah lagi pesawat LCA/FLIT akan datang bagi menjadikan bilangan keseluruhan pesawat itu 36 buah.

It is lucrative multi-billion ringgit contract yang sememangnya diidam-idamkan oleh mana-mana syarikat pembuat pesawat.

Panglima TUDM Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad dalam temuramah dengan majalah pertahanan, Asia Defence Journal (ADJ) keluaran Julai-Ogos berkata, TUDM fokus dalam perolehan pesawat-pesawat LCA/FLIT untuk mengatasi kekurangan pesawat pejuang.

Ackbal
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad.

 

Menurutnya, TUDM telah memutuskan kriteria-kriteria pemilihan pesawat LCA/FLIT TUDM.

“Ia (pesawat) ada versi ringan pesawat pejuang pelbagai guna (Multi Role Combat Aircraft – MRCA) dengan dwi kegunaan untuk memenuhi keperluan operasi.”

“Ia (pesawat LCA/FLIT) sudah semestinya akan digunakan untuk menyediakan generasi juruterbang pesawat pejuang akan datang. Kemasukan pesawat-pesawat (LCA/FLIT) dalam perkhidmatan TUDM dijangka akan meningkatkan kemampuan operasional pesawat-pesawat pejuang (TUDM) secara keseluruhannya,” kata Ackbal.

Pemilihan pesawat terbabit menurutnya, akan menekankan konsep LCA/FLIT iaitu berusaha untuk mencapai simbiosis di atas keperluan operasional dan latihan menerusi pendekatan dwi-fungsi yang fleksibel dan dinamik dalam platform tunggal.

TUDM menurutnya, bertekad (persisted)  untuk memastikan program ini berjaya dilaksanakan.

YAK-130
Pesawat YAK-130

 

Antara syarikat-syarikat yang dikatakan telah menunjukkan minat terhadap tender bernilai berbilion ringgit bagi perolehan 18 buah LCA/FLIT TUDM itu adalah Pakistan Aeronautical Complex (PAC) dan Chengdu Aircraft Corporation (CAC) daripada untuk pesawat JF-17 “Thunder”, Hongdu Aviation Industry Group (HAIG) untuk pesawat Hongdu L-15B dan Leonardo untuk pesawat Aermacchi M-346.

Syarikat-syarikat lain termasuk Irkut Corporation untuk pesawat Yak-130 dan Boeing untuk pesawat T-7 Red Hawk, Korea Aerospace Industries (KAI) pesawat FA-50 serta Hindustan Aeronautics Limited (HAL) yang menawarkan pesawat Tejas.

Terdapat juga laporan mengatakan syarikat pembuat pesawat daripada Republik Czech iaitu Aero Vodochody Aerospace menawarkan pesawat L-39 Albatros.

Perolehan 18 buah pesawat LCA/FLIT itu adalah untuk menggantikan pesawat Hawk 108 dan Hawk 208 serta Aermacchi yang digunakan oleh TUDM untuk tujuan serangan ringan serta latihan bagi juruterbang selama ini.

Tejas
Pesawat Tejas keluaran HAL India.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...