Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Misteri Di Ruang Udara Filipina, Tentera Udara Lakukan Misi Pemintasan

Dalam masa yang sama, seorang jurugambar Filipina bernama Michael Fugnit kira-kira pada pukul 6.15 pagi pada 2 September telah berjaya mengambil imej sebuah pesawat yang pelik di ruang udara Santa Magdalena di Filipina.

0 2,692

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Filipina (PAF) mengerah dua buah pesawat pejuang FA-50 untuk memintas sebuah pesawat “tidak dikenali” yang menghampiri ruang udara negara itu dalam insiden yang berlaku Khamis lepas.

Menurut PAF, pusat pertahanan udaranya telah mengesan sebuah pesawat tidak dikenali menuju ke Air Defence Identification Zone (ADIZ) Filipina kira 120 batu nautika utara Bolinao di Pangasinan.

“Pesawat tidak dikenali itu sedang menuju ke ruang udara Filipina,” menurut PAF dalam satu kenyataan.

Pesawat tidak dikenali itu terbang pada ketinggian 21,000 kaki dan kelajuan 265 knot.

Kira-kira empat minit selepas kedua-dua pesawat FA-50 PAF itu dikerah, pesawat “tidak dikenali” itu menukar arah ke utara dan meningkatkan kelajuannya kepada 400 knot serta menjauhkan diri daripada ruang udara Filipina.

FA-50
Pesawat FA-50 .

 

Tidak lama selepas itu, kedua-dua pesawat PAF itu menamatkan misi pemintasan mereka.

Jurucakap PAF Lt Kol Maynard Mariano dalam satu kenyataan berkata, pihak tidak dapat memastikan tujuan “pesawat tidak dikenali” itu menuju ke arah ruang udara Filipina, atau jenis atau milik negara mana pesawat itu.

Usaha untuk berhubung dengan pesawat asing itu menerusi radio juga tidak mendapat sebarang respons.

Dalam masa yang sama, seorang jurugambar Filipina bernama Michael Fugnit kira-kira pada pukul 6.15 pagi pada 2 September telah berjaya mengambil imej sebuah pesawat yang pelik di ruang udara Santa Magdalena di wilayah Sorsogon, Filipina.

Imej pesawat yang berjaya diambilnya itu tidak seperti pesawat komersial biasa yang kerap dilihatnya.

Pesawat
Gambar kredit Michael Fugnit.

 

Menurut pakar-pakar yang melihat gambar Fugnit itu, terdapat banyak kemungkinan berkenaan gambar terbabit daripada ia menunjukkan pesawat tanpa pemandu “RQ-180 Sentinel” yang merupakan pesawat tanpa pemandu.

RQ-180 merupakan dron HALE (High Altitude Long Endurance) yang mungkin sedang menjalankan misi-misi rahsia jarak jauh daripada pangkalan-pangkalan tentera Amerika Syarikat sama ada di Diego Garcia di Lautan Hindi atau daripada Guam di Pasifik.

Imej pesawat misteri yang diambil oleh Fugnit itu juga mungkin menunjukkan pesawat pengebom China H-20 yang sedang dibangunkan secara rahsia pada ketika ini atau dron “Star Shadow” yang juga menjalani proses pembangunan sejak beberapa tahun ini.

Pesawat misteri
Kedudukan bandar Santa Magdalena di Filipina dimana Michael Fugnit mengambil gambar pesawat misteri itu.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...