Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Hyundai Rotem Tawar Kenderaan Perisai “K806” Untuk Tentera Darat Malaysia

Program perolehan kenderaan perisai 6x6 Tentera Darat Malaysia itu dijangka melibatkan pembelian kira-kira 400 buah kenderaan untuk menggantikan kenderaan perisai, CONDOR yang digunakan oleh tentera darat sejak sekian lama.

0 11,748

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Korea Selatan, Hyundai Rotem mengesahkan bahawa ia menawarkan kenderaan berperisainya, “K806” untuk program kenderaan perisai 6×6 Tentera Darat Malaysia.

Program perolehan kenderaan perisai 6×6 Tentera Darat Malaysia itu dijangka melibatkan pembelian kira-kira 400 buah kenderaan untuk menggantikan kenderaan perisai, CONDOR yang digunakan oleh tentera darat sejak sekian lama.

Menurut laporan oleh portal berita Korea Selatan di cm.asiae.co.kr, jika syarikat Korea Selatan berjaya memperolehi kontrak daripada Kementerian Pertahanan Malaysia, sebahagian besar daripada kenderaan perisai “K806” itu akan dibina di dalam negara sebagaimana yang dikehendaki oleh kontrak terbabit.

Setakat ini, tidak pasti syarikat tempatan mana yang menjadi rakan kongsi syarikat Korea Selatan itu.

Menurut portal berita Korea Selatan itu lagi, pegawai-pegawai kanan tentera darat Malaysia telah melawat Korea Selatan pada akhir tahun 2000 dan telah melakukan penilaian terhadap kenderaan perisai “K806” yang turut berkhidmat dengan Tentera Darat Korea Selatan.

K806

“Syarikat Hyundai Rotem merancang untuk mengemukakan cadangan rasmi menjelang bulan November ini dan menjangkakan keputusan akhir mengenainya akan dibuat pada bulan Februari tahun depan,” menurut portal berita itu.

Kenderaan perisai “K806” dijangka berhadapan dengan beberapa pesaing dalam usahanya untuk memenangi kontrak Kementerian Pertahanan Malaysia termasuk calon utama iaitu firma FNSS daripada Turki, yang telah pun bertapak lama di negara ini.

Firma FNSS menawarkan kenderaan perisai PARS 6×6.

Pars
FNSS PARS 6×6

 

Menurut portal berita Korea Selatan itu,  selain syarikat Turki, syarikat-syarikat daripada Kanada dan Indonesia juga menunjukkan minat menerusi kenderaan perisai PINDAD ANOA.

Dengan berat 16 tan, kenderaan perisai “K806”boleh membawa dua orang krew dan sembilan anggota tentera dengan enjin berkuasa 420 kuasa kuda.

Ia adalah kenderaan perisai yang kecil sedikit berbanding “K808 yang juga dibangunkan untuk kegunaan tentera darat Korea Selatan.

Sementara itu portal berita negara itu turut menyatakan bahawa Malaysia merancang untuk memperolehi sehingga 34 buah kenderaan perisai 4×4 dengan kenderaan “KOVICO” keluaran syarikat Korea Selatan turut ditawarkan kepada tentera darat Malaysia.

KOVICO
KOVICO 4×4

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...