Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Tentera Darat Bakal Dapat Lagi 240 Laras Light Machine Gun (LMG)

MTO yang bakal memenangi tender itu akan membawa balik LMG itu ke tanah air untuk digunakan oleh anggota tentera darat dan unit-unit lagi (mungkin juga meliputi tentera laut dan udara).

0 2,731

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menerusi satu iklan tender bagi Multimodal Tender Operator (MTO) yang diiklankan oleh Kementerian Pertahanan beberapa hari lepas, kita tahu bahawa tentera darat akan menerima kira-kira 240 buah Light Machine Gun (LMG).

MTO yang bakal memenangi tender itu akan membawa balik LMG itu ke tanah air untuk digunakan oleh anggota tentera darat dan unit-unit lagi (mungkin juga meliputi tentera laut dan udara).

Cuma dalam tender untuk MTO itu tidak dinyatakan daripada pelabuhan mana di berasal (kalau tahu pelabuhan terbabit itu mungkin kita sedikit sebanyak boleh meneka LMG itu dibuat oleh syarikat mana).

Sebagaimana yang kita tahu, senjata LMG yang  sebahagian besarnya digunakan oleh anggota tentera darat kita adalah daripada jenis FN Minimi 5.56mm yang diperbuat oleh syarikat Fabrique Nationale de HERSTAL (FN Herstal) daripada Belgium.

Banyak angkatan tentera di dunia dan rantau kita ini juga menggunakan FN Minimi.

 

Menurut portal pertahanan tempatan Malaysian Defence,  FN Minimi adalah calon pilihan memandangkan ia telah pun digunakan secara meluas oleh tentera darat kita, tetapi pada masa yang ada juga pilihan alternatif daripada Korea Selatan dan Indonesia. (PT Pindad juga menghasilkan LMG)

Portal itu juga berkata, terdapat 11 syarikat yang menyertai tender untuk membekalkan senjata LMG itu untuk Angkatan Tentera Malaysia dengan yang paling rendah pada RM10.4 juta kepada paling tinggi RM26 juta.

Cuma tak tahu syarikat mana yang memenangi tender itu atau harga yang ditawarkan.

MTO bagi membawa balik LMG yang telah dibeli ini adalah sebahagian daripada tender-tender MTO yang diiklankan oleh Kementerian Pertahanan sebelum ini.

Antara tender-tender MTO sebelum ini adalah berkenaan usaha membawa balik 40 laras sniper rifle Barret 12.7mm yang diperbuat oleh syarikat Barret Firearms daripada Amerika Syarikat serta 40 buah Thermal Imagers daripada syarikat Jerman.

FN Minimi

Tender MTO lain adalah untuk membawa balik pelancar sistem Rocket-Propelled Grenade (RPG) yang diperbuat oleh sebuah syarikat Serbia manakala pelurunya pula daripada Romania.

Kementerian Pertahanan melalui notis tendernya pada 17 Jun mahu melantik MTO yang akan bertanggungjawab membawa balik sistem pelancar dan peluru daripada Serbia dan Romania masing-masing.

Dalam notis tender disebut operator perlu membawa balik sistem pelancar RBR 7.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...