Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Kumpulan Bersenjata Tembak Mati Seorang Jeneral Di Nigeria, Kakak Diculik

Pegawai tentera yang terbunuh itu dikenali sebagai Mejar Jeneral Hassan Ahmed, yang bertugas sebagai pengarah di ibu pejabat angkatan tentera.

0 1,534

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sekumpulan individu bersenjata menahan sebuah kereta dinaiki oleh seorang Jeneral di dalam angkatan tentera Nigeria dan menembak mati beliau manakala kakaknya yang turut sama berada dalam kereta itu diculik.

Pegawai tentera yang terbunuh itu dikenali sebagai Mejar Jeneral Hassan Ahmed, yang bertugas sebagai pengarah di ibu pejabat angkatan tentera.

Beliau sebelum itu adalah Provos Marshal dalam Angkatan Tentera Nigeria.

Menurut laporan media tempatan, tahun lepas sahaja dua orang bekas Jeneral di dalam angkatan tentera Nigeria turut sama dibunuh oleh kumpulan bersenjata, tetapi pembunuhan Hassan adalah yang pertama membabitkan pegawai tentera yang sedang berkhidmat.

Ketika kejadian yang berlaku dua hari lepas, kereta dinaiki Mejar Jeneral Hassan itu dan kakaknya itu sedang berada bergerak di lebuhraya Lokoja-Abuja menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap angkatan tentera Nigeria Brigadier Jeneral  Onyema Nwachukwu.

Nigeria
Mejar Jeneral Hassan Ahmed,

 

Sehingga kini tiada perkembangan lanjut tentang nasib kakak kepada Jeneral Hassan Ahmed yang diculik oleh kumpulan bersenjata terbabit.

Pembunuhan seorang Jeneral di dalam angkatan tentera Nigeria sebagaimana di dakwa oleh media tempatan, menunjukkan keadaan keselamatan yang semakin buruk di negara yang merupakan antara pengeluar terbesar minyak di dunia.

Nigeria menghasilkan kira-kira 2.1 juta tong minyak sehari (barrel per-day), juga adalah negara anggota Organisation of the Petroleum Countries (OPEC).

Negara Afrika itu juga adalah ekonomi terbesar di Afrika.

Walaupun dikurniakan dengan kekayaan di dalam bentuk sumber asli iaitu minyak dan gas tetapi keadaan keselamatan di Nigeria dikatakan amat meruncing dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan 350,000 penduduk negara itu terbunuh dalam konflik dengan pelbagai kumpulan bersenjata termasuk Boko Haram.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...