Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kementerian Pertahanan Buka Tender Perolehan 20 Kenderaan Pembawa Senjata-High Mobility

Tajuk tender yang akan ditutup pada 13 Julai 2021 adalah  “Perolehan Membekal Dan Menghantar  Kenderaan Pembawa Senjata HMG - Mobiliti Tentera Darat.”

0 5,374

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Dua hari lepas, Kementerian Pertahanan telah membuka tender untuk memperolehi 20 buah Kenderaan Pembawa Senjata (KPS) “High Mobility Weapon Platform” di bawah Mobiliti Tentera Darat Fasa III untuk operasi di kawasan penduduk (Operation In Build-Up Area) serta latihan.

Tajuk tender yang akan ditutup pada 13 Julai 2021 adalah  “Perolehan Membekal Dan Menghantar  Kenderaan Pembawa Senjata HMG – Mobiliti Tentera Darat.”

Menurut penerangan di dalam notis tender berkenaan:

“There is a requirement for Malaysian Army (MA) to be equipped with high mobility weapon platform for Anti-Tank Missile-Medium Range (ATGM-MR), 40 mm Automatic Grenade Launchers (AGL), 12.7 mm Heavy Machine Gun (HMG) and 7.62 mm Gatling Gun.

“The vehicle shall have good endurance to operate in rough terrain and in built up area. It also shall be able to provide mobility, communication platform and protection for the crews. The vehicle shall be reliable to perform in offensive and defensive operations, Operation in Built Up Area (OBUA) and for training purposes.”

Kenderaan HMAV4x4 keluaran syarikat MILDEF International Technologies.

 

Kemungkinan tender yang dibuka hari ini adalah berkait dengan kenderaan HMAV 4×4 yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, MILDEF International Technologies Sdn Bhd (MILDEF) yang diberi nama “Tarantula.”

Kenderaan “Tarantula” buatan tempatan ini telah melalui pelbagai ujian daripada kumpulan uji nilai Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) Kementerian Pertahanan.

Dari segi ujian atas jalan raya selama sembilan hari beberapa bulan lepas, ia merangkumi perjalanan 700 kilometer (km) dan 300 km lagi ujian panduan ‘offroad’ yang dilakukan beberapa bulan lalu.

Selain “Tarantula,” Angkatan Tentera Malaysia difahamkan turut melakukan ujian yang sama terhadap beberapa kenderaan High Mobility yang lain.

Sementara itu, pada Oktober 2019, Kementerian Pertahanan dilaporkan telah membuka tender untuk mendapatkan sejumlah mortar kaliber 81mm dan sistem kawalan penembakan (fire control system).

Sebuah syarikat di Sepanyol nampaknya telah berjaya memenangi tender untuk membekalkan sejumlah 72 buah sistem mortar 81mm dan 12 buah “Talos Fire Control System” kepada Kementerian Pertahanan.

Hari ini, kementerian telah membuka tender untuk menghantar mortar dan sistem kawalan tembakan itu ke Malaysia.

Notis tender yang dikeluarkan hari adalah bagi perlantikan Multi Modal Transport Operator (MTO) bagi menghantar mortar dan sistem kawalan penembakan (fire control system) daripada Sepanyol ke Malaysia.

Tender perlantikan MTO itu akan tamat pada 5 Julai 2021.

Kesemua mortar dan sistem kawalan tembakan yang akan dihantar ke Malaysia daripada Pelabuhan Bilbao, Sepanyol meliputi  72 buah (mortar) dan 12 buah “Talos Fire Control Systems” dalam dua pakej penghantaran.

Notis di dalam tender Kementerian Pertahanan itu menyebut:

“24 SET 81MM MORTAR SYSTEMS WITH 4 SET TALOS FIRE CONTROL SYSTEMS (PENGHANTARAN PERTAMA) PENGANGKUTAN LAUT. DARIPADA PORT OF BILBAO, SPAIN KE PELABUHAN KLANG DAN KE DESTINASI AKHIR DI 91 DEPOT PUSAT KOR ORDNANS DIRAJA, KEM BATU KENTONMEN, KUALA LUMPUR. RUJUK LAMPIRAN Q1 DAN LAMPIRAN A1-1 UNTUK MAKLUMAT TERPERINCI.”

“PAKEJ 2 PACKAGE 1 1 48 SET 81MM MORTAR SYSTEMS WITH 8 SET TALOS FIRE CONTROL SYSTEMS (PENGHANTARAN KEDUA) PENGANGKUTAN LAUT. DARIPADA PORT OF BILBAO, SPAIN KE PELABUHAN KLANG DAN TERUS KE DESTINASI AKHIR DI 91 DEPOT PUSAT KOR ORDNANS DIRAJA, KEM BATU KENTONMEN, KUALA LUMPUR. RUJUK LAMPIRAN Q1 DAN LAMPIRAN A1-1 UNTUK MAKLUMAT TERPERINCI.”

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...