Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Lepas Tembakan Amaran, Gugur Bom Ke Arah Kapal Perang British Di Laut Hitam

Russia menganggap Crimea dan perairan sekitar sebagai miliknya selepas menduduki secara haram wilayah Ukraine itu pada 2014.

0 3,649

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan Russia memaklumkan bahawa kapal-kapal FSB Border Guard-nya telah melepaskan tembakan amaran kearah sebuah kapal destroyer milik Tentera Laut British  Type 45 “HMS Defender” selepas ia didakwa menceroboh perairan Crimea di Laut Hitam.

Russia menganggap Crimea dan perairan sekitar sebagai miliknya selepas menduduki secara haram wilayah Ukraine itu pada 2014.

Laporan daripada Russia juga mendakwa pesawat SU-24M Tentera Udara Russia yang berpengkalan di Crimea telah mengugurkan empat butir bom OFAB-250 berhampiran kapal perang British itu untuk menghalangnya daripada meneruskan pelayaran ke arah pantai Crimea.

Selepas daripada tindakan itu, barulah kapal perang British itu belayar jauh daripada pantai Crimea.

Kementerian Pertahanan Russia mengatakan kapal perang British itu berada 2 batu nautika di dalam perairan didakwa miliknya berhampiran Camp Fiolent, tidak jauh daripada Sevastopol yang merupakan pangkalan Tentera Laut Russia di Laut Hitam.

Crimea
Pesawat pejuang Tentera Laut Russia, SU-24.

 

“Kapal British itu telah diberi amaran bahawa senjata akan digunakan jika mereka menceroboh perairan Russia. Mereka tidak menghiraukan amaran,” kata kementerian itu.

Ia adalah satu insiden yang berbahaya yang berpotensi untuk menjerumuskan seluruh rantau itu ke kancah konflik bersenjata, dikala Amerika Syarikat dan sekutunya sedang bersiap-sedia melancarkan latihan laut besar-besaran di Laut Hitam minggu depan dipanggil “Sea Breeze”.

Russia meminta latihan laut besar-besarnya itu dibatalkan.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan British dalam respons segera telah menafikan insiden berbahaya itu sambil mengatakan “tembakan-tembakan” itu datang daripada tentera Russia yang sedang mengadakan latihan yang telah diumumkan terlebih dahulu.

Ia juga menafikan bahawa pesawat-pesawat Russia telah mengugurkan bom berhampiran dengan kapal destroyer British itu.

“Kapal itu (HMS Defender) sedang belayar di perairan milik Ukraine sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa,” kata kementerian itu, yang jelas mengatakan bahawa Crimea itu kekal milik Ukraine walaupun ia kini diduduki oleh Russia.

Crimea

Pelayaran kapal perang, HMS Defender itu adalah tindakan simbolik bahawa Barat tidak mengiktiraf bahawa Crimea adalah sebahagian daripada Russia.

Seorang penganalisis maritim, Mark Gray yang dipetik berkata oleh agensi berita Reuters berkata, pelayaran kapal perang HMS Defender itu sememangnya untuk menguji Russia berkenaan isu Crimea.

Katanya, tindakan Russia hari ini adalah robust, tidak diplomatic dan melampau.

Menurut penganalisis itu, apa yang berlaku di Laut Hitam dengan Russia cuba menguasai perairan Crimea secara haram adalah hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh China dalam usahanya untuk menguasai Laut China Selatan.

Sementara itu, laporan daripada Moscow pada ketika ini mengatakan bahawa Kementerian Pertahanan Russia telah memanggil Atase Pertahanan British di Russia telah dipanggil untuk dimaklumkan tentang ketidakpuasanhati Russia tentang insiden yang berlaku di Crimea itu.

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...