Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia, Amerika Syarikat Adakan Latihan Laut Besar-Besaran Di Lautan Pasifik

Rupanya, beberapa hari selepas Amerika Syarikat mengumumkan kerahan kapal selam-kapal selam nuklearnya ke latihan dipanggil “Agile Dagger 2021” itu, Russia bertindak sama dengan mengarahkan tentera lautnya (Pacific Fleet) mengadakan latihan besar-besar di Lautan Pasifik.

0 3,158

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam admin ada menulis artikel berkenaan langkah Amerika Syarikat melaksanakan latihan kapal selam besar-besaran di rantau Pasifik melibatkan Angkatan Kapal Selam Pasifik (Pacific Submarine Forces) bermula awal bulan ini.

Rupanya, beberapa hari selepas Amerika Syarikat mengumumkan kerahan kapal selam-kapal selam nuklearnya ke latihan dipanggil “Agile Dagger 2021” itu, Russia bertindak sama dengan mengarahkan tentera lautnya (Pacific Fleet) mengadakan latihan besar-besar di Lautan Pasifik.

Antara kapal selam berkuasa nuklear Amerika Syarikat yang terbabit dalam latihan besar-besaran ini adalah USS Columbia, sebuah kapal selam penyerang kelas-Los Angeles yang berpangkalan di Hawaii dan kapal selam kelas-Virginia USS Missouri yang juga berpangkalan di Hawaii.

Tentera Amerika Syarikat menempatkan kira-kira 36 buah kapal selam daripada pelbagai jenis (attack, guided missile dan ballistic missile) di rantau Pasifik.

Dalam latihan Agile Dagger ini, Angkatan Kapal Selam Pasifik negara itu mengerahkan kapal-kapal selam berkuasa nuklearnya yang berpangkalan di Pearl Harbor, Hawaii, Bremerton, Washington dan San Diego ke perairan di Pasifik.

Russia
Kapal Cruiser “Varyag” Tentera Laut Russia.

 

Kedua-dua kuasa besar dunia mengadakan latihan besar-besaran membabitkan tentera laut mereka di Pasifik, adakah kebetulan atau memang dirancang?

Adakah latihan kapal selam Amerika Syarikat dilaksanakan sebagai tindak balas terhadap latihan oleh Russia itu atau sebaliknya? Apa pun, kita berharap kapal-kapal perang ini atau kapal selam kedua negara  ini tidak bertembung sesama mereka.

Kita juga nampak bahawa Russia semakin kerap menghantar kapal-kapal perangnya ke Pasifik, mungkin untuk mengimbangi kekuatan dan pengaruh Amerika Syarikat serta sekutunya yang sudah lama bertapak di rantau Pasifik.

Atau mungkin Moscow mahu memberi sokongan moral kepada rakan se-ideologinya iaitu China dalam pertembungannya dengan Amerika Syarikat di Indo-Pasifik.

Macam-macam pergerakan geo-strategik di Indo-Pasifik ketika ini, membuktikan rantau Pasifik ini memang diimpikan oleh banyak pihak.

Russia
Pesawat ASW jarak jauh Tupolev Tu-142M3

 

Dalam satu kenyataan oleh Kementerian Pertahanan Russia, mereka mengumumkan bahawa Armada Pasifik (Pacific Fleet) yang terdiri daripada kira-kira 20 buah kapal perang, kapal selam dan kapal sokongan sedang mengadakan latihan operasi secara besar-besaran di Lautan Pasifik.

Antara kapal-kapal perang yang akan terlibat dalam latihan ini termasuklah cruiser “Varyag”, kapal anti-submarine warfare “Admiral Pantelev” dan friget “Marshal Shaposhnikov.”

Kementerian Pertahanan Russia tidak mendedahkan lokasi sebenar kawasan latihan, cuma mengatakan ia diadakan di “kawasan maritim jauh”.

Ia mengatakan kapal-kapal perang armada itu mengadakan transit sejauh 4,000km daripada pangkalan laut mereka dan mengerahkan mereka di kawasan-kawasan ditentukan di Pasifik untuk melaksanakan matlamat latihan.

Latihan laut oleh Russia di Lautan Pasifik itu turut membabitkan kira-kira 20 buah pesawat pejuang termasuk pesawat ASW jarak jauh Tupolev Tu- 142M3, MiG-31 dan lain-lain pesawat kombat.

Latihan itu bermula pada 10 Jun dan diketuai oleh komander Armada Pasifik Tentera Laut Russia Sergey Avakyants.

Armada Pasifik Russia ini berpangkalan di Vladivostok, di timur jauh Russia (di utara Jepun sahaja).

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...