Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China “Tidak Puas Hati” Dengan Latihan Udara Bersama M’sia-AS Pada April Lepas

Pesawat Su-30MKM dan F/A-18D mewakili TUDM, sementara kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat itu pula diwakili oleh pesawat F/A-18 E/F dan EA-18G.

0 3,832

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 6 dan 7 April lepas, pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Carrier Strike Group (CVN 71) USS Theodore Roosevelt telah mengadakan latihan “Passing Exercise” (PASSEX) di Laut China Selatan.

Pesawat Su-30MKM dan F/A-18D mewakili TUDM, sementara kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat itu pula diwakili oleh pesawat F/A-18 E/F dan EA-18G.

Eksesais selama dua (2)  bertujuan mengeratkan hubungan diplomatic dan diplomasi ketenteraan Malaysia dan Amerika Syarikat, dengan latihan bersama menumpukan kepada aspek-aspek “Dissimilar Basic Fighter Maneuver” dan “Dissimilar Air Combat Tactics”.

Turut sama mengiringi kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat ke Laut China Selatan itu adalah kapal destroyer kelas Arleigh-Burke USS Russel (DDG-59) dan kapal cruiser kelas Ticonderoga USS Bunker Hill (CG-59).

Bagaimanapun, seorang penyelidik di badan pemikir antarabangsa berkata, latihan PASSEX di antara Malaysia dan Amerika Syarikat di Laut China Selatan pada April lepas itu merupakan punca kepada tindakan China menghantar pesawat-pesawat tenteranya ke ZMM milik negara pada 31 Mei lepas.

TUDM
Gambar kredit USS Theodore Roosevelt

 

Menurut Felo Kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Oh Ei Sun sebagaimana dipetik oleh portal berita voanews.com berkata Beijing tidak berpuashati dengan latihan udara bersama yang dilaksanakan oleh Malaysia dan Amerika Syarikat di Laut China Selatan pada April itu.

Disebabkan ketidakpuasan hatinya terhadap latihan udara kedua-dua negara pada April lepas itulah, China kini memprotesnya dengan menghantar pesawat-pesawat tenteranya untuk menceroboh Zon Maritim Malaysia (ZMM) pada 31 Mei lepas.

“Ia adalah signal ketidakpuasan hati China terhadap Malaysia selain menunjukkan kekuatannya kepada Amerika Syarikat,” menurut pendapat oleh Oh, sambil menambah bahawa apa yang dilakukan oleh Beijing terhadap Kuala Lumpur pada 31 Mei itu disifatkan sebagai “stress test.”

Itu adalah pendapat yang disuarakan oleh felo kanan badan pemikir di Singapura, yang mungkin tepat dan mungkin juga tidak tepat.

Felo kanan itu juga menyuarakan rasa peliknya terhadap “kelantangan” Malaysia menyuarakan bantahannya terhadap pencerobohan pesawat-pesawat China itu pada 31 Mei lepas itu, memandangkan negara mengamalkan pendekatan mendiamkan diri atau protes secara diam terhadap pencerobohan kapal-kapal China sebelum ini.

Ini kerana Malaysia dan China memiliki hubungan ekonomi dan diplomatic yang amat rapat, malah Beijing merupakan rakan dagang terbesar Kuala Lumpur selama 12 tahun berturut-turut.

TUDM
Gambar kredit USS Theodore Roosevelt

 

Seorang professor di Daniel K. Inouye Asia-Pacific Center for Security Studies in Hawaii, Alexander Vuving pula berkata, pegawai-pegawai Malaysia secara peribadi tidak berpuashati dengan tindakan China menghantar kapal-kapal pengawal pantainya ke kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik Malaysia.

China telah menempatkan kapal-kapal pengawal pantainya di Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) sejak 2013.

Sebagaimana yang kita ketahui, kawasan perairan di sekitar Beting Patinggi Ali yang terletak hanya 84 batu nautika daripada Miri kaya dengan sumber minyak dan gas asli.

Sejak beberapa bulan lepas, syarikat minyak dan gas negara, Petronas sebagai pemilik tunggal kawasan minyak dan gas asli negara telah mengumumkan penemuan lapangan minyak dan gas baru di sekitar Beting Patinggi Ali.

Pengumuman-pengumuman ini membuktikan bahawa Beting Patinggi Ali ini merupakan kawasan pengeluaran minyak dan gas prolifik negara, menyebabkan ia terus diintai dengan cemburu oleh rejim di Beijing.

China menganggap Beting Patinggi Ali sebagai kawasan miliknya yang paling selatan dalam peta Nine Dash Line.

Pada 31 Mei lepas, TUDM telah mengesan “penerbangan mencurigakan” 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China/ People’s Liberation Army- Air Force (PLAAF) memasuki ruang udara ZMM, Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR) dan menghampiri ruang udara nasional.

Penerbangan pesawat-pesawat PLAAF tersebut telah dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 11.53 pagi.

TUDM telah mengerah pesawat-pesawat pejuang Hawk 208 untuk memintas pesawat tentera China itu yang terdiri daripada Ilyushin IL-76 dan Xian Y-20.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...