(DEFENCE SECURITY ASIA) — Dalam satu ciapan menerusi akaun Twitternya di @MPA_Barat semalam, ibu pejabat Markas Pemerintahan Armada Barat telah mengeluarkan beberapa keping gambar tentang latihan yang dijalani anggotanya.
Ia dipanggil Latihan Pertahanan Pangkalan-Audit Dalaman.
Menurut sedikit maklumat yang dikongsinya dalam ciapan itu, latihan itu adalah untuk menilai tahap kesiagaan Operasi, Logistik dan Pentadbiran Markas.
Markas Pemerintahan Armada Barat bertempat di Pangkalan TLDM Lumut, manakala Markas Pemerintaha Armada Timur pula berpusat di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.
Comments are closed.