Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Mesir-Itali Runding Perjanjian Pertahanan Bernilai RM41.2 Bln Hingga RM50.4 Bln

0 463

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Mesir dikatakan sedang berunding dengan Itali untuk menandatangani perjanjian pertahanan melibatkan pembelian kapal-kapal perang, pesawat pejuang, pesawat latihan dan satelit peninjau dianggarkan bernilai diantara US$10.3 billion hingga US$12.6 bilion(RM41.2 billion hingga RM50.4 bilion).

Jikalau perjanjian pertahanan ini berjaya dimeterai, Mesir bakal memiliki tentera laut paling kuat di Afrika Utara.

Eurofighter

Perjanjian yang sedang dirundingi antara kedua-dua negara itu melibatkan pembelian empat buah kapal friget FREMM, 24 buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon, 20 buah pesawat latihan M-346 dan satelit peninjau.

“Jika perjanjian ini menjadi kenyataan, usaha memodenkan tentera laut Mesir selama 10 tahun bakal menjadi kenyataan,” menurut laporan di dalam badan pemikir IISS (International Institute for Strategic Studies) yang turut berkata, perjanjian itu juga akan membantu perkembangan industri pertahanan Itali. Walaupun begitu, badan itu berkata, perjanjian masih belum pasti dan hubungan antara Mesir dan Itali kekal kompleks.

Rafale
Pesawat pejuang Rafale Tentera Udara Egypt.

Sebagaimana yang kita tahu, di dalam isu Libya dan eksplorasi minyak dan gas di perairan Mediterranean Timur, Mesir dan Itali berada di pihak yang bertentangan.

Mesir, UAE dan Arab Saudi berada di pihak  LNA Jeneral Khalifah Haftar, manakala Turki, Qatar serta UAE pula menyokong pihak GNA.

Kaherah sebelum ini telah pun menerima dua buah kapal FREMM yang pada mulanya dibina untuk tentera laut Itali, empat buah kapal korvet “Gowind” buatan Naval Group, 24 buah pesawat pejuang Rafale dan macam-macam lain.

Tentera Laut Mesir juga membeli dua buah Amphibious Assault Ship “Mistral” daripada Perancis, yang sebelum itu dibangunkan untuk Russia.

Mistral
Tentera Laut Mesir juga memperolehi dua buah kapal Amphibious Assault Ship “Mistral” daripada Perancis . Kedua-dua kapal itu dinamakan bekas presiden negara itu, “Gamal Nasser” dan “Anwar Sadat.”

Pemodenan besar-besaran angkatan tentera Mesir ini berlaku sejak Jeneral Abdel Fattah el-Sisi mengambil alih tampuk pemerintahan negara Arab pada 2014 selepas menjatuhkan Mohamed Morsi.

Selagi Abdel Fattah ini kekal menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat/Israel/Arab Saudi maka kedudukannya sebagai Presiden Mesir terjamin dan beliau tidak akan menerima nasib seperti Morsi yang meninggal dunia ketika berada di penjara.

Kedudukan beliau sebagai presiden Mesir juga akan di “prop up” oleh sokongan dan bekalan senjata daripada Amerika Syarikat serta sekutunya dan (bankroll) sumber duit diperolehi daripada keluarga al-Saud Arab Saudi dan negara-negara Arab Teluk yang kaya-raya.

“El-Sisi just needs to play his card right and he will be safe”, sampai ke tua la dia jadi Presiden Mesir.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...