Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Israel Bekal Dron Berani Mati Pada Beberapa Negara Asia Yang “Dirahsiakan Identiti”

0 578

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Benua Asia terus menjadi pasaran senjata utama bagi syarikat-syarikat pertahanan Israel dengan pembelian “dron berani mati” (kamikaze drone) oleh negara Asia yang identitinya dirahsiakan.

Pengumuman ini adalah selepas Filipina mengumumkan pembelian sembilan buah bot serangan laju “Shaldag Mk-5” lengkap dengan pakej peluru berpandu SPIKE NLOS dan Remote Control Weapon System (RCWS) daripada Israel Shipyards dalam perjanjian bernilai RM521 juta.

IAI Harop
Dron berani mati “Harop” (versi darat)

Bagi perjanjian pembelian dron-dron berani mati itu pula, syarikat Israel Aircraft Industries (IAI) berkata, ia telah menerima tempahan daripada negara-negara Asia untuk sistem dron berani mati “Harop” (versi laut), “Harop” (versi darat) dan “ROTEM” (Vertical Take-Off Landing).

Pihak IAI mengatakan perjanjian pembelian dron-dron berani mati itu bernilai US$100 juta (RM400 juta) tetapi syarikat terbabit enggan mendedahkan pembeli-pembelinya, cuma ia melibatkan “beberapa negara Asia.” Perjanjian itu membuktikan lagi status IAI sebagai syarikat perintis dalam sistem dron berani mati atau “loitering munitions.”

Harop
Dron berani mati “Harop” (versi laut)

Sebagaimana yang kita ketahui, sistem dron berani mati “Harop” (versi darat) telah digunakan dengan jayanya oleh tentera Azerbaijan dalam konflik di Nagorno-Karabakh.

Dron berani mati “Harop” ini mempunyai kemampuan untuk terbang selama sembilan jam dan dilengkapi dengan bahan peledak kira-kira 20 kilogram.  Dengan kemampuan untuk berada di udara selama sembilan jam, ia mampu untuk terbang sejauh ratus kilometer.

Boleh dibawa oleh pelbagai jenis kapal daripada offshore patrol vessel kepada friget, dron “Harop” (versi laut) mampu mengumpul data perisikan, mengenalpasti sasaran dan seterusnya memusnahkannya.

Sebuah kapal pesisir pantai yang kecil tetapi mampu menyebabkan kerosakan besar kepada kapal musuh yang berada ratusan kilometer daripadanya.

Bagi drone “ROTEM” ia adalah dron kecil “quadcopter” yang boleh berada di udara di antara 30 hingga 45 minit dengan jarak effektif sejauh 10 kilometer.

Ia boleh dipasang dengan 1 kilogram bahan peledak.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...