Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Peluru Berpandu Kruis “Kalibr” (SS-N-30)

0 802

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sepanjang penglibatan tentera Russia dalam konflik di Syria, antara peluru berpandu yang paling kerap digunakannya adalah “Kalibr” atau “SS-N-30” yang boleh dilancarkan oleh kapal selam atau kapal tentera lautnya.

“Kalibr” adalah peluru berpandu kruis dan saingan kepada peluru berpandu kruis “Tomahawk” buatan Amerika Syarikat, malah bentuk kedua-dua peluru berpandu ini adalah hampir sama.

Dirantau Asia Tenggara juga sudah ada penggunanya iaitu Vietnam dimana enam buah kapal selam “Kilo” juga dilengkapi dengan peluru berpandu “Kalibr”.

Peluru berpandu kruis (Land Attack Cruise Missile) “Kalibr” ini dikatakan mempunyai jarak effektif di antara 1,500km hingga 2,500km, walaupun begitu versi yang digunakan oleh Vietnam (versi 3M-54T) dipercayai yang memiliki jarak di antara 220km hingga 300km bagi mematuhi Missile Technology Control Regime (MTCR).

kalibr

Tahun ini Kementerian Pertahanan Russia telah mengumumkan hasrat untuk meningkatkan kemampuan peluru berpandu kruis “Kalibr” daripada segi beberapa aspek termasuk jarak effektif operasinya.

Russia mahu melihat peluru berpandu “Kalibr” yang sepanjang enam meter dan mampu membawa peledak seberat 450kg itu memiliki jarak effektif sejauh 4,000km.

Dalam konflik di Syria, Russia melancar peluru-peluru berpandu “Kalibr” ini daripada kapal-kapal laut dan kapal selam di Laut Kaspia.

Peluru berpandu ini terbang sejauh kira-kira 1,800km untuk membedil sasaran-sasaran di Syria.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...