Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Rakaman Pergaduhan Antara Tentera China dan India Di Sempadan

0 743

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak beberapa hari lepas, beberapa akaun Twitter pemerhati pertahanan di India telah memuatnaik video yang menunjukkan insiden pergaduhan yang berlaku di antara tentera India dan China di sempadan dipertikai kedua-dua negara itu.

Admin tidak pasti sama ada ia adalah video baru atau lama tetapi sedikit sebanyak ia memberi gambaran kepada kita tentang bagaimana tentera kedua-dua negara berkuasa nuklear itu bergaduh dengan cara primitif menggunakan kayu dan batu.

 

(Video 16 saat yang memaparkan pergaduhan antara tentera India dan China)

Tidak pasti di mana ia insiden pergaduhan ini berlaku dengan tepat, tetapi sudah semestinya di kawasan sempadan kedua-dua negara yang hak miiknya dipertikai oleh kedua-dua negara sejak puluhan tahun dahulu. Kedua-dua negara ada gentlemen agreement untuk tidak menggunakan senjata api dalam radius dua kilometer daripada sempadan masing-masing.

Sebab itulah mereka hanya menggunakan batu dan kayu, tetapi ia sudah cukup untuk menyebabkan kecederaan parah dan kematian. Insiden paling teruk berlaku pada Jun tahun lepas di sempadan kedua-dua negara di Banjaran Himalaya apabila kira-kira 20 anggota tentera India terbunuh akibat dibelasah dengan kayu berpaku atau dibaling batu oleh tentera China.

india
Kayu berpaku yang digunakan oleh tentera China dalam pergaduhan pada Jun tahun lepas yang membunuh 20 tentera India.

China tidak memberikan bilangan anggota tenteranya yang terbunuh dalam insiden itu, tetapi dipercayai anggota tentera China yang terbunuh adalah hampir sama atau lebih tinggi daripada anggota tentera India yang terkorban.

Sejak daripada insiden itu, hubungan antara kedua-dua negara itu menjadi amat tegang dengan ramai menjangkakan kedua-dua negara berjiran itu kini diambang konflik bersenjata.

india
Tentera China membawa senjata tradisional ke sempadan dengan India.

Angkatan tentera kedua-dua negara telah pun memulakan proses rundingan untuk mengendurkan ketegangan sedia ada tetapi berakhir dengan kegagalan dan kedua-dua negara berterusan menghimpunkan tentera dan pelbagai kelengkapan mereka di kawasan sempadan.

Untuk pengetahuan semua, India dan China pernah berperang pada 1962 kerana berebutan kawasan sempadan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...