Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Korea Bakal Laksana Misi Khas Untuk Bebaskan Kapalnya Di Iran?

0 473

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Korea Selatan mengerahkan sebuah kapal destroyer “Choi Young” (DDH-981) ke Selat Hormuz selepas Iran pada Isnin merampas sebuah kapal tangki minyak bersama-sama anak kapalnya kerana didakwa mencemari Teluk Parsi dengan bahan kimia.

Turut sama di dalam dalam kapal destroyer Tentera Laut Korea Selatan itu adalah anggota unit anti-pelanunan (anti-piracy unit) negara itu dipanggil “Cheonghae”.

hankuk
Kapal destroyer Tentera Laut Korea Selatan “Choi Young” yang membawa unit anti-pelanunan “Cheonghae.”

Pengawal Revolusi Iran mengambilalih kapal tangki Korea Selatan “Hankuk Chemi” bersama-sama 20 krew kapal terdiri daripada lima warga Korea Selatan, 11 Myanmar, dua Indonesia dan dua Vietnam pada Isnin.  Kapal tangk itu kini ditahan di pelabuhan Bandar Abbas.

“Kapal destroyer melaksanakan tugas untuk memastikan keselamatan rakyat kami,” jurucakap Kementerian Luar Korea Selatan Boo Seung-Chan berkata dalam sidang media di Seoul semalam. Pegawai-pegawai negara itu menjelaskan kehadiran kapal perang Korea Selatan di Selat Hormuz tidak bermakna mereka bakal melancarkan misi untuk membebaskan kapal tangk itu dan anak-anak kapal daripada tahanan Iran.

 

(Rakaman rampasan kapal tangki Korea Selatan “Hankuk Chemi” oleh anggota tentera Pengawal Revolusi Iran di Selat Hormuz)

Menurut seorang pegawai Korea Selatan, isu kapal tangki negara itu perlu diselesaikan secara diplomatic dan kehadiran kapal perang itu adalah untuk memastikan keselamatan rakyat negara itu yang menggunakan laluan perkapalan sibuk itu selepas insiden terbabit.

Pemilik kapal “Hankuk Chemi” berkata Pengawal Revolusi Iran menyerbu kapal itu dan memaksanya menukar arah dan pergi ke Iran. Pada ketika dirampas, kapal itu membawa 7,200 tan Ethanol dan sedang menuju ke pelabuhan Al-Jubail di Arab Saudi.

Dakwaan oleh pemilik kapal itu bertentangan dengan kenyataan Iran bahawa kapal tangki tersebut telah mencemari Teluk Parsi dan Selat Hormuz.

korea
 Unit anti-piracy “Cheonghae” Tentera Korea.

Terdapat spekulasi yang bertiup kencang bahawa penahanan kapal tangki oleh Pengawal Revolusi Iran (bukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar) adalah cubaan Iran untuk memaksa Korea Selatan supaya melepaskan dana milik Iran berjumlah US$7 bilion (RM28 bilion) yang dibekukan di negara Asia itu akibat sekatan ekonomi terhadap Teheran.

Iran dikatakan mahu menggunakan dana yang dibekukan itu untuk membeli vaksin Coronavirus dan lain-lain komoditi.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...