Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Polis Filipina Peroleh Pelbagai Senjata, Alat Risikan Buatan Israel

0 1,168

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Polis Filipina telah menandatangani perjanjian untuk memperolehi senjata dan pelbagai peralatan keselamatan lain daripada Israel yang dianggarkan bernilai US$31 juta.

Perjanjian itu adalah di antara kerajaan dengan kerajaan yang membolehkan Manila melakukan penjimatan.

israel

Ketua Polis Filipina Debold Sinas berkata, pembelian itu dilakukan dibawah Foreign Defense Assistance and Defense Export Organization, Sibat, sebuah agensi di bawah Kementerian Pertahanan Israel. Menurut beliau, pembelian itu termasuk sejumlah 13,457 unit raifal 5.56-mm, 20 unit mesingan 7.62-mm  dan peralatan perisikan bagi membolehkan pasukan polis Filipina menangani masalah jenayah.

israel

Beliau berkata, pembelian itu adalah manifestasi jelas oleh polis Filipina untuk melengkapkan pasukan dengan peralatan dan kemampuan yang setanding menerusi kerjasama dengan Israel.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...