Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Akhirnya Terbukti Rakyat Indon Sendiri Pelakunya, “Malu Dong”

0 753

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Akhirnya kebenaran terserlah juga …… kerana suspek utama yang menyunting lirik lagu kebangsaan Indonesia sebagaimana tular di media sosial baru-baru adalah warga republik itu sendiri.

Ia didedahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador kepada agensi berita Bernama hari ini yang berkata, tindakan warga Indonesia itu dilakukan di negaranya sendiri.

Lagu

Beliau berkata, maklumat itu diperoleh hasil soal siasat terhadap seorang buruh warga Indonesia berusia lingkungan 40-an di Sabah yang juga merupakan salah seorang suspek kes itu.

“Suspek itu ditahan di Sabah, pada Isnin lalu dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) menemui petunjuk baharu dalam penyiasatan kes berkenaan. Ya, PDRM dapat petunjuk baharu bahawa pelakunya dikatakan berasal dari negara seberang (Indonesia) dan kami sedang menyoal siasat untuk mendapatkan maklumat lanjut pengakuannya siapa yang sunting video itu,” katanya.

lagu

Dipetik oleh Bernama, Abdul Hamid berkata, maklumat itu sudah dikongsikan kepada pihak Polisi Republik Indonesia (POLRI).

“Dalam kes terbaharu ini, ada manusia durjana yang tidak bertanggungjaawab dan bermotif jahat telah memperlekehkan lagu kebangsaan Indonesia Raya.

“Parodi ini menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia dan saya memberi jaminan bahawa satu tindakan drastik telah diambil oleh Jabatan Siasatan Jenayah iaitu menubuhkan satu pasukan khusus telah diterbangkan ke Sabah pada semalam untuk menjejaki pelaku-pelaku ini,” katanya.

Ketua Polis Negara itu berkata, apabila tertangkapnya suspek itu beliau akan diadili dan didakwa di mahkamah.

lagu

 

Terdahulu, satu video dimuat naik dua minggu lepas oleh individu tidak bertanggungjawab di ruang komentar di laman YouTube My Asean, memaparkan lirik lagu kebangsaan Indonesia, Indonesia Raya, disunting bagi tujuan menghina Indonesia.

Video di ruang komen di YouTube berkenaan dipadamkan, namun video itu sempat dimuat naik ke pelbagai aplikasi lain dan ditularkan di platform media sosial lain di Indonesia, yang menimbulkan pelbagai komen kebencian dan kemarahan.

– DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...