Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

APMM Rampas Dadah Lebih 2 Tan Bernilai RM105 Juta Di Pulau Pinang

0 797

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas 2.1 tan dadah jenis “Methaphetamine” dianggarkan bernilai RM105 juta di perairan Pulau Pinang pada Rabu lepas.

Dadah sintetik itu dipercayai cuba dimasuk ke Pulau Pinang daripada Indonesia menggunakan sebuah bot rekreasi.

methaphetamine
Pulau Kendi di Pulau Pinang

Ketua Pengarah APMM Datuk Zubil Mat Som yang mengesahkan kejadian itu pada sidang media hari ini berkata, dadah itu ditemui dalam bot berkenaan di perairan Pulau Kendi berhampiran Teluk Kumbar.

APMM turut menahan seorang lelaki yang mengemudi bot rekreasi berkenaan tetapi bertindak terjun daripada bot apabila dihampiri oleh bot APMM. Di dalam bot berkenaan, pihak berkuasa menemui 130 guni mengandungi dadah sintetik berkenaan.

methaphetamine

Siasatan mendapati lelaki berkenaan mengambil dadah berkenaan di perairan antarabangsa dan membawa balik ke negara ini menggunakan bot terbabit.

Zubil berkata, ini bukanlah kali pertama lelaki terbabit membawa dadah terbabit tetapi kali ketiga dengan jumlah dadah dibawa masuk ke negara ini membabitkan 1,000kg.

methaphetamine
Gambar Hiasan.

Dadah terbabit katanya, akan diseludup ke Thailand kerana harga di pasaran sana adalah tiga kali ganda berbanding di Malaysia.

Rampasan dadah ini adalah terbesar dalam sejarah APMM.

– DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...