Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[Video]Kapal Selam Russia Lancar Peluru Berpandu ICBM “Bulava”

0 659

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal selam berkuasa nuklear Russia “Vladimir Monomakh” telah berjaya melancarkan empat buah peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) “R-30 Bulava” di dalam satu latihan semalam.

Keempat peluru berpandu yang dilancarkan oleh kapal selam terbabit di Laut Okhotsk di Timur Jauh Russia telah mengenai sasaran yang terletak di wilayah Arkhangelsk, yang terletak kira-kira 5,500 km jauhnya.

bulava
Peluru berpandu ICBM “Bulava”.

Dan Kementerian Pertahanan Russia telah mengeluarkan video rakaman pelancaran empat peluru berpandu “Bulava” untuk tontonan dunia.

Menurut Menteri Pertahanan Russia Sergey Shoigu berkata, pelancaran peluru berpandu “Bulava” itu merupakan fasa terakhir dalam latihan peluru berpandu balistic antara benua yang bermula pada 9 Disember lepas.Latihan itu turut melibatkan pelancaran peluru berpandu kruis daripada pesawat pengebom strategic TU-160 dan TU-95.

(Sila LIKE dan SUBSCRIBE You Tube Channel “Defence Security Asia”)

Pelancaran peluru berpandu ICBM daripada silo daratan turut diadakan.

Setiap sebuah kapal selam “Vladimir Monomakh” mampu membawa sehingga 16 buah peluru berpandu “Bulava” yang mempunyai jarak maksimum sejauh 8,000 hingga 8,800km.

Kapal selam berkuasa nuklear itu adalah daripada kelas Borei-A, yang merupakan kapal selam generasi keempat.

Bulava
Pemerhati kata ini seperti “doomsday scenario.”

Keseluruhannya, Russia dipercayai memiliki di antara lapan hingga 10 buah kapal selam “Vladimir Monomakh” di dalam angkatan kapal selamnya.

Peluru berpandu ICBM “Bulava” itu telah dibangunkan oleh Moscow Institute of Thermal Technology.

Setiap satu “Bulava” mampu membawa sehingga enam kepala peledak yang mampu membedil sasaran secara bersendirian.

Bulava

Peluru berpandu ICBM “Bulava” ini dikatakan projek pembangunan peluru berpandu paling mahal dalam sejarah tentera Russia dan merupakan tulang belakang kepada senjata berpandu nuklear tentera laut negara itu.

Bulava

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...