Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[Video]Radar, CCTV, Dron Untuk Kawalan Lebih Ketat Di Sempadan

0 744

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Radar dan Kamera Litar Tertutup (CCTV) akan diletakkan di sempadan Malaysia-Thai bagi memudahkan usaha mengawal sempadan negara daripada terus dicerobohi oleh anasir tidak diingini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang melawat sempadan Malaysia-Thai itu berkata, Majlis Keselamatan Negara akan diminta menyediakan peruntukan untuk pemasangan kedua-dua alat itu.

 

(Sila LIKE dan Subscribe You Tube Channel “Defence Security Asia)  

“Sebab, saya difahamkan mereka (penceroboh) tahu timing pergerakan kawalan kita, jadi dengan penggunaan dron dan CCTV selain radar kita boleh tahu setiap pergerakan di sempadan,” kata Ismail Sabri.

Selain itu katanya, aset-aset seperti motosikal, kenderaan pelbagai permukaan (ATV) dan dron juga akan ditambah mulai Januari tahun depan bagi membantu usaha pengawasan di kawasan sempadan. Menteri Pertahanan itu juga berkata, kerajaan akan membina dua pos kawalan terkoordinasi di Padang Terap yang turut melibatkan kerjasama dengan pihak keselamatan negara jiran bagi mengukuhkan kawalan sempadan di kawasan berkenaan.

sempadan

Beliau juga berkata, operasi kawalan sempadan di bahagian utara Semenanjung tanah air akan dilaksanakan secara bersepadu termasuk dari segi rondaan kawasan oleh semua agensi keselamatan yang berkaitan, mulai Jan ini.

sempadan

Langkah itu yang membabitkan tiga agensi iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem).

Ia adalah antara penambahbaikkan yang akan dilakukan bagi meningkatkan keberkesanan kawalan.

“Sekarang ini dari segi kawalan kita bahagikan kawasan, sebagai contoh kawasan di sini dijaga oleh ATM di bawah Op Pagar 2 dan di kawasan lain pula dijaga oleh PDRM (di bawah Pasukan Gerakan Am), jadi kita membahagikan kawasan.

Sempadan

“Mulai tahun depan, kita akan mulakan Op Benteng sebenar seperti dilaksanakan di kawasan lain terutamanya di kawasan penjagaan laut seperti di pantai barat Semenanjung dan Sabah serta Sarawak iaitu operasi secara bersepadu,” katanya.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...