Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Sumbang Senjata Bernilai RM2.8 Bilion Pada Filipina Sejak 2015

0 462

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Filipina telah menerima peralatan tentera bernilai 1.3 bilion Peso (US$29 juta) daripada Amerika Syarikat untuk memperkukuhkan kemampuannya menentang pencerobohan luar serta menangani kumpulan-kumpulan pengganas.

Sumbangan peralatan ketenteraan kepada Filipina itu telah disampaikan oleh Pemangku Setiausaha Pertahanannya Christopher Miller kepada Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin Lorezana.

Amerika
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Christoper Miller (kot hitam) dan Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin Lorezana.

Peralatan-peralatan ketenteraan yang disumbangkan termasuk raifal penembak tepat (sniper rifle), peralatan anti-improvised explosive device (IED).

Manila merupakan penerima terbesar bantuan ketenteraan daripada Amerika Syarikat di rantau Indo Pasifik. Sejak 2015, Filipina telah menerima bantuan ketenteraan berjumlah kira-kira US$685 (RM2.8 billion) juta daripada Amerika Syarikat terdiri daripada kapal terbang, kapal laut, kereta perisai dan senjata ringan, menurut kenyataan kedutaan negara itu di Manila.

Amerika

Kementerian Pertahanan Filipina juga mengumumkan ia akan menerima dua buah pesawat pengangkut C-130 Hercules pada 17 Dis ini di bawah Excess Defense Articles (EDA) Amerika Syarikat.

Amerika

Dua minggu lepas, Amerika Syarikat telah mendermakan pelbagai senjata bernilai US$18 juta (RM75.6 juta) kepada kerajaan Filipina.

Sistem persenjataan itu termasuk bom-bom pintar (precision guided munitions) diserahkan kepada Menteri Luar Filipina Teddy “Boy” Locsin oleh Penasihat Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, Robert O’ Brien.

Antara senjata yang didermakan oleh Amerika Syarikat kepada Filipina termasuk, 100 peluru berpandu anti kereta kebal/bunker TOW-2 bersama-sama 12 unit sistem pelancarnya,  24 GBU-49 Enhanced Paveway II Laser Guided Bombs  dan 12 unit sistem pencarian sasaran (target acquisition) dan pelbagai alat-alat bantuan yang lain.

Filipina
Pelancar sistem peluru berpandu anti kereta kebal/bunker “Tow 2.”

Bom-bom pintar GBU-49 Enhanced Paveway 2 itu akan digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang FA-50 Tentera Udara Filipina.

Tentera Udara Filipina memiliki 12 buah pesawat FA-50.

Penghantaran peralatan senjata ke Manila itu dilakukan oleh sebuah pesawat pengangkut Amerika Syarikat.

bom
Bom Enhanced Paveway 2 GBU-49

Sementara itu O’ Brien berkata, derma senjata itu membuktikan kerjasama dan setiakawan antara dua negara sahabat.

“Kami berharap pelbagai senjata pintar itu akan membantu Tentera Filipina dalam menjaga keselamatan rakyat Filipina di Mindanao serta menangani ancaman ISIS di Asia Timur,” kata penasihat keselamatan dalam negeri Amerika Syarikat itu.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...