Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Skim Perkhidmatan “Senoi Praaq” Perlu Ditambah Baik – CUEPACS

0 930

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disyor supaya membuat penambahbaikan terhadap skim perkhidmatan anggota polis Orang Asli daripada Unit Senoi Praaq, Pasukan Gerakan Am (PGA).

Presiden CUEPACS Adnan Mat yang membuat cadangan itu berkata pihaknya mendapati skim perkhidmatan sedia ada Senoi Praaq agak ketinggalan dari segi gaji berbanding kemahiran luar biasa yang dimiliki dan risiko ketika menjalankan tugas.

senoi

“Mereka mempunyai kemahiran amat luar biasa, mengetahui selok-belok perjalanan dalam hutan, kemahiran mengetahui bilangan musuh hanya dengan melihat bentuk pokok dan haiwan yang wujud di hutan dan lain-lain kemahiran.

“Janganlah kita menilai mereka atau mengiktiraf selepas mereka meninggal dunia….

“…biarlah waktu sedang berkhidmat ini boleh menikmati skim perkhidmatan lebih baik kerana mereka telah pun berikan yang terbaik kepada negara dengan menjaga sempadan yang sentiasa terdedah dengan ancaman bahaya.”

senoi

Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut dihadiri Presiden Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) Sub Inspektor Ayub Shafie..

Adnan berkata ketika ini terdapat 862 anggota Senoi Praaq berkhidmat di dua batalion iaitu PGA Batalion Tiga di Bidor, Perak dan PGA Batalion 18 di Pengkalan Hulu.

Admin setuju 100 peratus cadangan daripada CUEPACS.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...