Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal China “Bertenggek” 287 Hari Di Beting Patinggi Ali

0 2,744

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sepanjang 1 Disember, 2019 hingga 30 November, 2020, China telah meletakkan kapal-kapal pengawal pantainya di Beting Patinggi Ali (Luconia Shoal) , yang terletak tidak jauh daripada pantai Sarawak, selama 287 hari di dalam setahun.

Ya, 287 hari dalam setahun kapal-kapal China “bertenggek” di Beting Patinggi Ali sebagaimana laporan Asia Maritime Transparency Institute (AMTI).

AMTI

Admin nak tanya kat Menteri Luar, Beting Patinggi Ali ini milik Malaysia ke China?Apa tindakan Wisma Putra dalam perkara ini?

Admin juga berterima kasih dan menyanjung tinggi pengorbanan ATM dan APMM yang menghantar kapal-kapal untuk “shadow” kapal-kapal pengawal pantai China di Beting Patinggi Ali dan kawasan lain, tetapi apa yang menggusarkan adalah sikap “membisu” Wisma Putra di dalam isu ini.

Beting Patinggi

Ini adalah kali kedua di dalam tempoh lebih seminggu , AMTI melaporkan tentang isu pencerobohan China di Beting Patinggi Ali tetapi sehingga kini tidak mendapat sebarang respons daripada pihak Wisma Putra.

Apa sudah jadi sebenarnya??????? Kalau laporan AMTI itu tidak betul, silakan bangkang dan explain,  “jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii”

Menurut AMTI lagi, China tidak pernah sesekali mengurangkan pencerobohannya di Laut China Selatan walaupun negara itu berhadapan dengan gejala wabak COVID-19.

“Malah semasa COVID-19, China telah meningkatkan lagi pencerobohannya di Laut China Selatan,” kata badan pengkaji itu, sambal menambah, laporannnya tentang bilangan kehadiran kapal-kapal pengawal pantai di Laut China Selatan itu adalah berdasarkan data Automatic Identification System (AIS) yang dikumpul daripada aplikasi Marine Traffic.

Badan itu berdasarkan laporannya kepada imej-imej satelit.

Luconia

Selain Beting Patinggi Ali, AMTI juga menyatakan sepanjang tempoh satu tahun tersebut kapal-kapal pengawal pantai China berada selama 142 hari di Vanguard Bank yang dimiliki oleh Vietnam, 232 hari di Scarborough Shoal (287 hari) dan Second Thomas Shoal (232 hari), kedua-duanya dimiliki oleh Filipina.

Menurut AMTI lagi, kapal-kapal pengawal pantai China bukan sekadar menceroboh perairan negara di Beting Patinggi Ali tetapi mereka juga bertindak menganggu operasi cari gali minyak dan gas di blok-blok minyak milik negara.

Ia sebagaimana yang dilaporkan oleh badan itu tentang tindakan kapal pengawal pantai China menganggu drillship Borr Gunnlod, kapal Sapura Constructor di Blok SK410 yang dioperasi oleh syarikat PTT daripada Thailand, Petronas Carigali dan KUFPEC.

Borr Gunnlod

Ia sama seperti apa yang dilakukan oleh kapal-kapal pengawal pantai China dalam menganggu operasi kapal West Capella yang dibawah kontrak oleh Petronas awal tahun ini.

Kapal-kapal pengawal pantai China juga menganggu operasi cari minyak yang dilaksanakan oleh Vietnam dan rakan-rakan kongsi asingnya di Vanguard Bank.

BM5

Gangguan China itu amat hebat sehingga menyebabkan rakan-rakan kongsi asing Vietnam menarik diri daripada kerja-kerja cari gali minyak di Vanguard Bank.

Admin pasti Wisma Putra masih lagi akan bersikap “membisu” dalam isu ini.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...