Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dari Terumbu Karang ke Pengkalan Tentera China di Spratly

1,376

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Di antara tahun 2013 hingga 2017, China telah membelanjakan berbilion dollar untuk menambak secara besar-besaran tujuh terumbu karang dan ciri-ciri maritim yang didudukinya secara haram di Kepulauan Spratly, Laut China Selatan.

Hasilnya, ketujuh-tujuh terumbu karang dan ciri maritim China itu kini menjadi pulau-pulau buatan manusia yang penting daripada segi ketenteraan dalam usaha Beijing untuk menguasai keseluruhan Laut China Selatan.

Spratly

Beijing menjadikan kesemua pulau-pulau buatan manusia itu sebagai penempatan tenteranya yang penting dengan pembinaan pengkalan tentera, siap dengan jeti untuk kapal-kapal perangnya, sistem komunikasi, hangar bagi jet pejuang serta pengebom dan macam-macam lagi.

Menurut penganalisis ketenteraan, ketujuh-tujuh pulau buatan yang diduduki secara haram oleh China itu juga diperkukuhkan dengan sistem C4ISR (command, control, communications, computers) untuk tujuan misi ISR (intelligence, surveillance and reconnaissance). Sistem-sistem yang terdapat di pulau-pulau buatan manusia ini juga dihubungkan dengan tanah besar China menerusi jaringan gentian optik bawah laut.

Spratly

Kewujudan jaringan-jaring C4ISR di pulau-pulau buatan manusia China itu akan membantu Beijing mengatasi Amerika Syarikat di dalam “peperangan maklumat” sekiranya peperangan bersenjata berlaku di antara kedua-dua negara itu.

Michael Dahm, bekas pegawai perisikan Amerika Syarikat berkata, tentera China percaya untuk berjaya di medan perang mereka perlu terlebih dahulu memenangi peperangan maklumat.

Spratly

Felo penyelidik di Nanyang Technological University di Singapura, Collin Koh dipetik sebagai berkata oleh akhbar The South China Morning Post sebagai berkata, kompleks C4ISR yang terdapat di pulau-pulau buatan manusia China itu berkuasa tinggi, melangkaui Laut China Selatan sehingga ke Lautan Barat Pasifik yang menempatkan pengkalan tentera Amerika di Guam.

Tentera China dikatakan telah membina sekurang-kurangnya 27 buah radome yang besar di pulau-pulau buatan manusia itu untuk menempatkan radar-radar bagi mengawasi serta memantau keadaan sekelilingnya.

Spratly

Tujuh daripada radome yang besar itu dibina di Fiery Cross, Subi dan Mischief Reef, sementara jaringan genting kabel-kabel optic bawah laut serta satelit-satelit Low-Earth Orbit menjamin sistem komunikasi tanpa gangguan antara pulau-pulau buatan manusia itu dengan tanah besar China.

Penganalisis ketenteraan juga mengatakan kemudahan C4ISR China di pulau-pulau buatan manusia China itu mampu menganggu sistem komunikasi Amerika Syarikat.

Zhou Chenming, pakar komunikasi tentera China berkata, keupayaan C4ISR China di pulau-pulau buatan manusia itu mampu memantau apa sahaja pergerakan tentera di rantau terbabit termasuk pengkalan udara Amerika di Palawan, Filipina yang terletak kira-kira 350km daripada Mischief Reef.

Spratly

Sabah atau Teluk Sepanggar jangan cerita la….

Bagaimanapun, kemudahan-kemudahan tentera di ketujuh-tujuh pulau buatan manusia China itu sudah semestinya adalah sasaran pertama sekiranya konflik di Laut China Selatan itu terjadi.

Untuk mengelak ia daripada menjadi sasaran, China juga menempatkan pelbagai sistem pertahanan udara di pulau-pulau buatan manusia itu.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...