Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[Update] Dua Anggota PGA Hilang Malam Tadi Ditemui Mati

0 842

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Akhbar Harian Metro melaporkan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang dilaporkan hilang ketika menjalankan rondaan di hulu Baram, Sarawak malam tadi telah ditemui meninggal dunia hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak menjelaskan punca kematian mereka.

PGA

“Kedua-duanya telah dijumpai dan meningggal dunia dan dihantar ke Hospital Miri,” katanya ringkas dalam maklumbalas menerusi aplikasi Whatsapp kepada akhbar terbabit sebentar tadi.

[Update] Kedua-anggota PGA itu dikenali sebagai Sarjan Simon Laja, 47, dan anggota polis bantuan yang hanya dikenali sebagai Sarjan Kemiang maut selepas dibawa arus deras sungai ketika melakukan operasi di Kuala Baram semala.

Mayat kedua-dua mereka ditemui pada 3 petang tadi berhampiran Sungai Layun.

Insiden kematian dua anggota PGA di Kuala Baram itu berlaku kira-kira seminggu selepas insiden tembak-menembak dengan sekumpulan penyeludup di kawasan sempadan Malaysia-Thailand yang mengorbankan seorang anggota PGA, Koperal Baharuddin Ramli dan mencederakan seorang lagi anggota, Koperal Norihan Tari.

Kpl Baharuddin

Mendiang Kpl Baharuddin Ramli. (foto internet)

Selang sehari selepas itu, seorang lagi anggota PGA cedera selepas ditembak menggunakan senapang angin di sempadan Malaysia-Thailand.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...