Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Operasi Ogos, 2009 Di KL Benamkan Lagi Usaha Hidupkan LTTE

0 628

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Memandangkan kita masih lagi berbincang tentang kumpulan pengganas Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE), maka admin ingin mengimbau satu kejadian yang berlaku kira-kira 11 tahun yang lepas.

Tarikh tepatnya adalah pada 5 Ogos 2009 dan kejadian itu membuktikan dua perkara iaitu bahawa agensi perisikan kita (sama ada Special Branch atau yang lain-lain) adalah “top notch spy agencies” dan kerjasama pelbagai negara adalah penting untuk menumpaskan jenayah rentas sempadan.

LTTE

Insiden itu melibatkan penangkapan seorang lelaki Tamil dikenali dengan nama “KP” atau Kumaran atau Selvarasa Patmanaban di Kuala Lumpur (tetapi pihak berkuasa Malaysia menafikan mereka tahu-menahu) dalam satu operasi yang amat licik untuk dibawa balik ke Sri Lanka bagi diadili oleh pihak berkuasa di sana.

Ok, siapakah “KP” dan mengapakah namanya amat terkenal di kalangan agensi perisikan sehinggakan penangkapannya amat didambakan oleh pihak berkuasa Sri Lanka. “KP” ini adalah pemimpin LTTE yang dipilih untuk menggantikan supremonya, Vellupillai Prabhakaran yang terbunuh dalam satu operasi tentera Sri Lanka dalam hari-hari terakhir peperangan di antara LTTE dengan negara Buddha itu pada Mei 2009.

KP

“Kumaran Pathmanaban (KP)” pada ketika ini. (foto internet)

Kematian Prabhakaran itu sekaligus menamatkan riwayat LTTE.

Dan di bahu “KP” itulah kepimpinan LTTE meletakkan usaha untuk menghidupkan kembali kumpulan pengganas itu selepas kekalahannya di tangan tentera Sri Lanka dalam konflik yang berlanjutan selama berpuluh tahun.

Sebelum dilantik untuk menggantikan Prabhakharan, KP merupakan pemimpin kanan LTTE yang bertanggungjawab mengumpul dana dan membeli segala jenis senjata dan bahan letupan dari serata dunia untuk keperluan  anggota LTTE di medan peperangan.

LTTE

“KP” bercermin mata bersama Vellupillai Prabhakaran di bekalang. (foto internet)

Senjata ini termasuklah pesawat ringan, bot kecil dan pelbagai peralatan lain yang diperolehi menerusi sumbangan daripada diaspora etnik Tamil seluruh dunia yang mencecah sehingga US$300-500 juta setahun.

Selain mengutip sumbangan daripada diaspora etnik Tamil, LTTE juga didakwa terlibat dalam perdagangan dadah didalam usahanya untuk mendapatkan dana bagi membiayai perjuangan LTTE.

Ok, ini dah agak tersasar……….pada 5 Ogos 2009 iaitu lebih 11 tahun yang lepas, KP telah bertemu dengan diaspora Tamil di sebuah hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman di dalam usahanya untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin baru LTTE, menggantikan Prabhakaran.

LTTE

Jalan Tuanku Abdul Rahman. (foto internet)

Ini yang diceritakan sendiri oleh KP kepada kolumnis akhbar Sri Lanka “Daily Mirror” bernama D.B.S Jeyaraj.

Di hotel itu dia bertemu dengan dua individu etnik Tamil yang datang daripada London.

Sedang ketiga-tiga mereka sibuk berbual, KP menerima satu panggilan telefon daripada Kanada tetapi disebabkan signal tidak berapa baik telah menyebabkannya menjawab panggilan itu di luar bilik.

KP pun menjawab diluar bilik.

Kedua-dua etnik Tamil itu pun menunggu di dalam bilik sementara KP menjawab panggilan telefon itu.

KP

LTTE

Mereka menunggu di antara 15 hingga 20 minit, tetapi pemimpin LTTE itu tidak juga kembali ke bilik pertemuan itu dan ini membuatkan mereka gusar, menyebabkan mereka ke luar bilik untuk memeriksa KP.

Tetapi ketika di luar bilik pertemuaan itu, bayang pemimpin LTTE itu pun tidak kelihatan.

Rupa-rupanya, ketika KP sedang sibuk berbual di luar bilik itu, sekumpulan anggota keselamatan Malaysia telah menghampirinya dan bertindak merampas telefon bimbitnya.

Menurut KP, beliau telah dibawa oleh beberapa anggota keselamatan Malaysia ke sebuah pusat tahanan Imigresen dan ditahan selama 36 jam.

Selepas itu beliau dibawa ke lapangan terbang dan dinaikkan ke dalam pesawat Sri Lanka Airlines di mana beberapa anggota keselamatan Sri Lanka telah sedia menunggunya.

LTTE

LTTE

Pada ketika inilah, KP tahu bahawa beliau akan dihantar pulang ke Sri Lanka dan berhadapan dengan sistem keadilan negara itu.

Sementara itu satu dunia dah kecoh tentang “kehilangan” pemimpin LTTE itu , dengan media mendakwa beliau sama ada telah ditangkap di Thailand (di mana beliau sering berulang-alik) atau Malaysia.

Apabila ditanya oleh media, pihak berkuasa Malaysia menjawab mereka tidak tahu-menahu tentang “kehilangan (penangkapan)” Kumaran Patmanaban.

LTTE

LTTE

Dengan “kehilangan” KP itu, maka semakin sukarlah usaha untuk menghidupkan kembali LTTE tetapi sebagaimana yang kita tahu, mereka tidak pernah berputus-asa.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...