Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Kenapa Berani Sangat,” Kata Menteri Dalam Negeri Pada “Komander” LTTE

0 773

(DEFENCE SECURITY ASIA) — “Kenapa berani sangat nak ugut” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkenaan laporan media tentang ugutan seorang lelaki  yang mendakwa dirinya Komander Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) untuk menembak mati Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, semua pertubuhan pengganas termasuk LTTE akan ditentang habis-habisan dan dihapuskan daripada terus wujud di negara ini.

LTTE

Beliau yang juga Ahli Parlimen Larut menegaskan bagi tujuan itu, kerajaan akan menggunakan pelbagai peruntukan undang-undang yang ada seperti Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Hamzah berkata tindakan sewajarnya akan diambil. “Kenapa berani sangat nak ugut, negara kita ada undang-undang kalau (kumpulan pengganas) katakan mereka bebas lakukan segalanya. kumpulan ini (LTTE) masih tersenarai sebagai kumpulan pengganas dalam negara kita. 

Hamzah

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin. (foto internet)

Kita akan tangkap mereka daripada begitu sewenang-wenangnya melakukan apa mereka nak lakukan dalam negara kita,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan bantuan banjir kepada penduduk Parlimen Larut di sini, hari ini. 

LTTE

Selain mengugut akan menembak mati Ketua Polis Negara, suspek juga menghantar e-mel kepada media mendakwa dia akan menyerang Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dan Kementerian Pertahanan. 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...