Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

LAIN MACIAM… Panglima 10 Bgd (Para) Yang Baru Ni

0 5,662

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  LAIN MACIAM…Panglima 10 Bgd (Para) Ke-20  Brig Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal melangkah masuk ke pejabat beliau pada hari pertama bertugas di MK 10 Bgd (Para) pada 30 Nov 2020.

Dan seperti biasa, beliau memeriksa kawalan kehormat, sebelum diperkenalkan kepada pegawai memerintah dan lain-lain.

Para

Ok selepas melaksanakan acara-acara tradisi, Panglima 10 Bgd (Para) yang baru ini telah menunjukkan contoh terbaik dengan mengetuai larian Tachtlon di Rimba Para yang melibatkan semua Pegawai Memerintah/Pemerintah dan juga pegawai staf utama.

Panglima sendiri memikul senjata dan berlari bersama-sama anggota pada hari pertama beliau masuk ke opis. Ini yang admin katakan bahawa beliau ini lain maciam sikit, kalau cakap orang puteh ” a rare breed”,  berlari sambil mengenggam raifal M4 , full military gear sambil merempuh pelbagai halangan pada hari pertama beliau “masuk opis.”

Harap semua panglima, pegawai memerintah “stay fit dan can run the full course.”

Para

Ini adalah satu tindakan yang perlu diteladani oleh panglima-panglima yang lain. “Always Stays Fit ” dan sentiasa bersama-sama dengan anak-anak buah.

Berikan anak-anak buat contoh yang terbaik.

Jikalau Panglima mampu berlari 10km dengan segala beban yang dipikul tanpa sebarang kesulitan, anggota lain pun seharusnya tiada masalah.

para

LAIN MACIAM… Panglima 10 Bgd (Para)

Pada akhir larian, beliau juga menyampaikan Perintah Pertama Teras Pemerintahan Rimba Para diakhir larian di mana beliau juga telah menzahirkan amanat, hasrat dan matlamat untuk dicapai.

Panglima juga menyeru agar semua Pemerintah berganding bahu bersama-sama dalam memacu kecemerlangan ketumbukan ini dengan berteraskan 3 Prinsip dan 5 Tonggak yang di gariskan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain dalam melaksanakan amanah, peranan dan tugasnya sebagai Pasukan Aturgerak Cepat (PAC).

para

FOTO KREDIT MK10 BGD

para

FOTO MK 10 BGD

para

FOTO KREDIT MK10 BGD

 

para

Fakta dan Gambar adalah Kredit MK 10 Bgd (Para)

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...