Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Pejuang Rafale Milik Serbia Dilarang Miliki Peluru Berpandu BVR Meteor??

Sebagaimana yang dilaporkan berlaku di Mesir, pesawat-pesawat pejuang Rafale yang bakal dimiliki oleh Serbia tidak akan dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara BVR (Beyond Visual Range) “Meteor”.

2,090
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, Serbia mengumumkan bahawa ia akan membeli 12 buah pesawat pejuang Rafale buatan Perancis, dalam usaha untuk merapatkan dirinya dengan negara-negara Eropah yang lain dan “menjauhkan diri” daripada Russia.
Serbia membelanjakan Euro 2.7 billion (RM12.88 billion) untuk memperolehi 12 buah pesawat pejuang Rafale dibangunkan syarikat Dassault Aviation.
Sebelum ini, Angkatan Tentera Serbia banyak menggunakan peralatan ketenteraan daripada Russia dan perolehan pesawat pejuang Rafale buatan Perancis itu adalah kali pertama dimana ia berbelanja besar membeli senjata daripada negara Barat.
Bagaimanapun sumber-sumber daripada dalam Serbia sebagaimana dipetik oleh media pertahanan menyatakan bahawa negara itu tidak akan diberikan pakej yang penuh terutamanya membabitkan peluru berpandu udara-ke-udara.
Bukan sahaja Serbia tidak akan diberikan peluru berpandu “Meteor”, tetapi ia juga didakwa tidak akan diberikan teknologi penuh pada pesawat pejuang Rafale itu.
Meteor
Peluru berpandu “Meteor BVRAAM”
Sebagaimana yang dilaporkan berlaku di Mesir, pesawat-pesawat pejuang Rafale yang bakal dimiliki oleh Serbia tidak akan dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara BVR (Beyond Visual Range) “Meteor”.
Mesir yang memiliki 54 buah pesawat pejuang Rafale juga dilaporkan dilarang daripada memiliki peluru berpandu udara-ke-udara BVR “Meteor” kerana mahu memelihara “kelebihan ketenteraan” yang dimiliki oleh Israel.
Bukan sahaja pesawat-pesawat pejuang Rafale Tentera Udara Mesir dihalang daripada memiliki peluru berpandu udara-ke-udara “Meteor”, tetapi pesawat pejuang F-16 milik negara Arab itu juga hanya dibenarkan  dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara “zaman Soviet Union”,  AIM-7 yang telah berusia.
Mungkin kerana sekatan-sekatan dikenakan terhadapnya itulah menyebabkan Mesir memilih pesawat pejuang J-10C buatan China baru-baru ini.
Alasan utama yang diberikan mengapa pesawat-pesawat pejuang Rafale yang bakal dimiliki oleh Serbia dilarang dilengkapi dengan peluru berpandu “Meteor” adalah kerana mahu memelihara kelebihan ketenteraan negara-negara Eropah lain yang sebahagian besarnya telah dan akan dilengkapi dengan pesawat pejuang F-35 dilengkapi dengan peluru berpandu AIM-120 AMRAAN.
Gripen-E
Peluru berpandu udara-ke-udara “Meteor” BVRAAM
Penganalisis ketenteraan menyatakan bahawa peluru berpandu udara-ke-udara “Meteor”  yang dibangunkan oleh MBDA adalah lebih baik jika dibandingkan dengan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 AMRAAM buatan firma RTX (dahulu dikenali sebagai Raytheon) daripada Amerika Syarikat.
Pesawat-pesawat pejuang Rafale yang bakal dimiliki oleh Serbia itu akan hanya dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara jarak sederhana “MICA”, menjadikan pesawat pejuang Rafale dimilikinya sebagai antara platform pertahanan udara paling lemah dimiliki oleh mana-mana negara Eropah.
Peluru berpandu udara-ke-udara “MICA” hanya boleh membedil sasaran sejauh 80km berbanding “Meteor” yang boleh membedil sasaran sejauh di antara 100km hingga 200km.
Tanpa peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh seperti “Meteor”, pesawat pejuang Rafale milik Serbian tidak mempunyai keupayaan serangan sasaran udara jarak jauh.
Malah pesawat-pesawat pejuang MiG-29 yang masih dimilik oleh Serbia dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara “R-77-1.
AMRAAM
“AMRAAM”
Rafale
Pesawat pejuang Rafale oleh syarikat Dassault Aviation.
Peluru berpandu udara-ke-udara “R-77-1” itu mempunyai jarak bedilan sejauh 110km, yang merupakan lebih jauh daripada peluru berpandu udara-ke-udara “MICA”.
Serbia dilaporkan pada mulanya mahu memperolehi MiG-35 dilengkapi radar AESA yang membolehkannya memperolehi peluru berpandu udara-ke-udara “R-77M” yang dikatakan setaraf dengan peluru berpandu udara-ke-udara “Meteor” atau “R-37M” yang lebih lebih jauh jarak bedilannya.
Bagaimanapun, bimbang akan dikenakan sekatan ekonomi jika ia membeli persenjataan Russia telah menyebabkan ia membatalkan hasratnya untuk memperolehi MiG-29/MiG-35 itu dan memilih Rafale walaupun keupayaan pesawat pejuang buatan Perancis itu dikatakan telah di “downgrade.” — DSA

Comments are closed.