Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Syarikat “Pening”, Tiada Kapal Pengangkut Pesawat Untuk Dikerah Ke Indo-Pasifik

Disebabkan ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah dan ancaman Perang Besar di rantau itu,  Amerika Syarikat telah menghantar beberapa kapal pengangkut pesawatnya ke rantau bergolak itu sehingga menyebabkan ia tidak mempunyai sebarang kapal pengangkut pesawat di Indo-Pasifik pada ketika ini.

0 19,479

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun Amerika Syarikat memiliki  kumpulan kapal-kapal pengangkut pesawat terbesar di dunia dengan 11 buah kapal, namun pada masa ini ia sedang berhadapan dengan “masalah yang memeningkan” apabila berhadapan dengan kekurangan kapal pengangkut pesawat untuk dikerah ke perairan Indo-Pasifik.

Disebabkan ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah dan ancaman Perang Besar di rantau itu,  Amerika Syarikat telah menghantar beberapa kapal pengangkut pesawatnya ke rantau bergolak itu sehingga menyebabkan ia tidak mempunyai sebarang kapal pengangkut pesawat di Indo-Pasifik pada ketika ini.

Pada ketika ini, ia tidak mempunyai sebarang kapal pengangkut pesawat di Pasifik untuk berhadapan dengan sikap agresif tentera China.

Setiap sebuah daripada 11 buah kapal pengangkut pesawat milik Tentera Laut Amerika Syarikat itu memiliki berat keseluruhan sekurang-kurangnya 100,000 tan dan mengangkut ratusan buah pesawat pejuang dan aset-aset kombat yang lain.

Selain itu, pelayarannya ke mana-mana pelosok perairan dunia itu turut diiringi oleh beberapa buah kapal destroyer kelas-Arleigh Burke dan cruiser kelas-Ticonderoga lengkap bersenjata.

carrier

Kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln yang sebelum ini berada di pangkalannya di Yokosuka, Jepun kini telah dikerah ke kawasan operasi Armada ke-5 di Timur Tengah manakala USS Ronald Reagan juga menukar pangkalannya daripada Yokosuka ke Bremerton, Washington.

Pengganti USS Ronald Reagan pula dikesan masih berada di San Diego, Amerika Syarikat untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Manakala kapal-kapal pengangkut pesawat lain berpangkalan di Pasifik sedang menjalani penyelenggaraan.

Daripada enam kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat yang berpangkalan di Pasifik, USS Carl Vinson baru sahaja menamatkan latihan maritime terbesar dunia RIMPAC 2024, manakala USS Nimitz pula baru sahaja menjalani kerja-kerja penyelenggaran.

USS Ronald Reagan dan USS George Washington pula berada di San Diego untuk pertukaran krew dan peralatan.

Disebabkan ketegangan begitu tinggi di Timur Tengah dan ancaman perang besar di antara Hezbollah, Iran dan Israel, maka, Amerika Syarikat telah mengerah dua buah kapal pengangkut pesawatnya, USS Theodore Roosevelt dan USS Abraham Lincoln ke rantau bergolak itu.

Gerald Ford
USS Gerald R.Ford (CVN78)

 

USS Theodore Roosevelt telah beroperasi tanpa henti selama 11 bulan manakala USS Abraham Lincoln diarahkan memendekkan operasinya di kawasan operasi Armada ke-7 selepas diarah oleh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Lloyd Austin untuk dikerah ke Timur Tengah bagi berhadapan dengan ketegangan di rantau itu.

Dengan ketiadaan kapal-kapal pengangkut pesawat di rantau Pasifik sekurang-kurangnya tiga minggu, Amerika Syarikat telah mewujudkan “kelompongan operasi” yang kritikal di rantau penting yang sedang berhadapan dengan sikap agresif tentera China.

Hanya beberapa hari lepas, kapal pengaawal pantai China telah “berlanggar” dengan kapal pengawal pantai Filipina di Laut China Selatan, manakala, Kementerian Pertahanan Taiwan pula mengumumkan latihan penembakan peluru hidup melibatkan pelancaran peluru berpandu sistem pertahanan udara Patriot, Tien Kung III dan peluru berpandu anti-kapal, Hsiung Feng II-E.

Dengan ketegangan geo-politik yang begitu tinggi di Timur Tengah, jadual penyelenggaraan yang perlu dipatuhi dan operasi di Indo-Pasifik, armada 11 buah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat berhadapan dengan masalah untuk memenuhi “tuntutan kerja” yang semakin bertambah di seluruh dunia.

Masalah ketiadaan kapal pengangkut pesawat di kawasan operasi Armada ke-7 di rantau Pasifik akan hanya selesai ada pertengahan atau akhir bulan depan apabila USS George Washington yang kini berada di San Diego mula belayar kembali ke Yokosuka di Jepun untuk memulakan tugasnya di perairan di Pasifik. — DSA

 

 

Comments
Loading...