Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[Video] TUDM Laksana Program Validasi “Air-to-Air Missile Firing”

0 865

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan Program Validasi Tembakan Misil Udara ke Udara (Air-To-Air Missile Firing) untuk tahun ini.

Program ini diadakan di kawasan latihan sekitar perairan Selat Melaka, dengan objektif utama program ini adalah bagi menguji tahap kompetensi anak-anak kapal pesawat pejuang dan juga kesiapsiagaan aset-aset TUDM.

Program ini bermula daripada 15 Nov sehingga 20 Nov yang melibatkan pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM, F/A-18D Hornet, Hawk 108/208 dan B200T.

Panglima Operasi Udara TUDM Lt Jen Datuk Hj Mohammad Salleh Osman melawat Pengkalan Udara Butterworth untuk melihat sendiri dengan lebih dekat tembakan peluru berpandu udara-ke-udara melibatkan sebuah pesawat pejuang F/A-18D dengan menaiki sebuah lagi pesawat pejuang F/A-18D yang diterbangkan oleh Ketua Bahagian Latihan No 18 Skuadron, Mej Mohd Faizal Ab Rahim.

Hornet
Pesawat F/A-18D yang membawa Panglima Operasi TUDM untuk melihat lebih dekat penembakan peluru berpandu udara ke udara. (foto kredit TUDM)

Latihan AAMF adalah yang dilaksanakan oleh TUDM bagi mengekal dan meningkatkan kompetensi pelbagai peringkat pegawai dan anggota LLP terutama dalam memastikan TUDM kekal berupaya dan bersiaga dalam menjaga kedaulatan negara meskipun sedang berhadapan dengan krisis kesihatan global

TUDM menerusi laman Facebooknya menyiarkan visual pelancaran peluru-peluru berpandu daripada pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM dan pesawat Hawk daripada No 6 serta No 15 Skuadron.

Rakaman pelancaran peluru berpandu udara-ke-udara oleh pesawat Hawk (kredit visual TUDM)

Selain visual mengenai pelancaran peluru berpandu oleh pesawat Hawk, TUDM turut menyiarkan visual pelancaran peluru berpandu oleh pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM.

Bagaimanapun TUDM tidak memberi maklumat tentang jenis-jenis peluru berpandu udara-ke-udara yang dilancarkan dalam latihan AAMF ini.

Rakaman pelancaran peluru berpandu udara-ke-udara oleh pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM. (kredit visual TUDM)

Hornet
Foto kredit TUDM
Hornet
Foto kredit TUDM
Comments
Loading...