Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Singapura Bakal Tempatkan Armada Pertama Tentera Laut AS?

0 783

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Mungkinkah Tentera Laut Amerika sedang berkira-kira untuk mewujudkan pengkalan bagi menempatkan Armada Pertama (First Fleet) di Singapura bagi membantu Armada ke-Tujuh (Seventh Fleet) yang berpengkalan di Jepun.

Beberapa hari lalu, Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat Kenneth Braithwaite mencadangkan supaya negara itu mewujudkan Armada Pertama yang terletak di “Lautan Hindi dan Lautan Pasifik”.

“Kita tidak boleh terlalu bergantung Armada ke-Tujuh yang berpengkalan di Jepun. Kita perlu melihat kepada sekutu dan rakan kita seperti Singapura dan India untuk kita meletakkan armada kita di mana relevan,” kata dalam satu symposium.

Apa yang penting katanya, ia akan menjadikan kuasa cegah rintang yang lebih ampuh. “Jadi kita akan mewujudkan Armada Pertama dan kita akan meletakkannya di Singapura,” kata Braitwaite dan menambah, armada itu akan memantau Pasifik dan membantu negara-negara sekutu Amerika Syarikat yang lain.

carrier
Carrier Strike Group “USS Nimitz.” (foto internet)

Armada Ke-Tujuh Tentera Laut Amerika Syarikat yang berpengkalan di Yokosuka, Jepun bertanggungjawab menjaga keselamatan daripada perairan di Jepun sehinggalah di sempadan perairan Pakistan.

Armada ke-Lima yang berpengkalan di Bahrain pula merangkumi perairan di Timur Tengah dan barat Lautan Hindi.

yokosuka
Pengkalan laut Armada ke-Tujuh Tentera Laut Amerika di Yokosuka, Jepun. (foto internet)

Bagaimanapun ketika ditanya lanjut mengenai cadangannya itu, beliau berkata belum membincangkan perkara itu dengan pucuk pimpinan kanan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Penganalisis pertahanan mengatakan pengkalan tentera laut yang baru bagi Amerika Syarikat  itu akan meningkatkan lagi ketegangan dengan China.

Pakar pertahanan serantau yang berpengkalan di Singapura, Collin Koh berkata, cadangan untuk menempatkan aset tentera laut Amerika di republik itu termasuk kapal selam dan kapal pengangkut berkuasa nuclear tidak mungkin diterima baik oleh Beijing.

singapore
Kapal perang RSS Formidable Tentera Laut Singapura. (foto internet)

Singapura, walaupun dianggap sebagai rakan strategic Amerika masih ingin menjalin hubungan yang baik dengan China.

Jika bersetuju dengan cadangan Washington ini, ia bermakna Singapura kini mempunyai pakatan ketenteraan dengan Amerika, sesuatu yang tidak disenangi oleh Beijing.

Singapura

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...