Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

MiG-35 “Fulcrum Foxtrot” Uji Kemampuan di Ukraine

Kehadiran MiG-35 "Fulcrum Foxtrot" di Ukraine mungkin bermaksud bahawa United Aircraft Corporation (UAC) sedang “mempersiapkan” pesawat pejuang generasi 4+++ itu sebelum ia memulakan produksi bersiri (serial production) dan menyertaiTentera Udara Russia (Russia Aerospace Forces).

0 6,196

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama kalinya, Tentera Russia dilaporkan telah menggunakan pesawat pejuang MiG-35 “Fulcrum Foxtrot” untuk melaksanakan misi serangan di Ukraine, berkemungkinan menandakan bahawa pesawat pejuang yang “dilupakan” itu bakal menyertai armada Tentera Udara Russia tidak lama lagi.

Agensi berita negara itu, RIA Novosti memetik pegawai kanan daripada United Aircraft Corporation (UAC) Sergey Korotkov sebagai berkata bahawa pesawat pejuang MiG-35 itu telah terlibat dalam operasi-operasi ketenteraan Russia di Ukraine.

“Penerbangan-penerbangan ujian lanjutan akan dilakukan lagi sebelum Kementerian Pertahanan Russia mengambil keputusan terakhir mengenainya,” menurut beliau ketika ditanya mengenai permulaan produksi bersiri pesawat itu dan perolehannya oleh Tentera Udara Russia.

Beliau berkata bahawa spesifikasi pesawat pejuang MiG-35 itu juga memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan luarnya.

Jawapan oleh pegawai kanan UAC itu sedikit-sebanyak memberikan gambaran bahawa “kehadiran” pesawat pejuang MiG-35 di Ukraine lebih kepada untuk melakukan lagi pelbagai ujian penerbangan dan menguji sistem persenjataanya.

MiG-35
MiG-35 (via internet)

 

UAC berkemungkinan sedang “mempersiapkan” pesawat pejuang itu sebelum ia memulakan produksi bersiri (serial production) pesawat itu dan menyerahkannya kepada Tentera Udara Russia (Russia Aerospace Forces).

Tentera Udara Russia dilaporkan memiliki enam buah MiG-35 pada ketika ini untuk tujuan ujian dan penilaian.

UAC juga cuba memasarkan pesawat pejuang MiG-35 itu kepada negara-negara luar terutamanya kepada tentera udara yang turut menggunakan pesawat-pesawat pejuang MiG-29 seperti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara India, tetapi sehingga kini usaha Moscow gagal.

Presiden Russia Vladimir Putin pernah menawarkan MiG-35 itu kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kedua-dua pemimpin itu bertemu beberapa tahun dahulu.

Baru-baru ini, pengarah eksekutif United Aircraft Production (UAC) Yuri Slyusar Yuri Slyusar berkata bahawa pesawat pejuang generasi 4+++ Russia, MiG-35 bakal diproduksi secara besar-besaran bermula pada tahun depan, untuk memenuhi keperluan tentera udara negara itu.

Russia bimbang jika konflik besar-besaran tercetus dengan pihak Barat diketuai oleh Amerika Syarikat, ia tidak mempunyai bekalan pesawat pejuang yang mencukupi, sekaligus mewajarkan usahanya untuk memulakan produksi bersiri MiG-35.

Konflik di antara Russia dan Ukraine yang menyaksikan kemusnahan sejumlah pesawat pejuang Russia, mengakibatkan tentera udara negara itu memikirkan cara terbaik untuk membina semula armadanya dengan pesawat-pesawat pejuang yang baru.

MiG-35
MiG-35 (via internet)

 

Usaha “recapitalisation” Tentera Udara Russia dengan pesawat-pesawat pejuang baru dan lebih berkemampuan berbanding yang lain perlu dilakukan dengan segera, sebelum “konflik besar” dengan negara-negara Barat benar-benar meletus.

Tentera Russia mempunyai beberapa pesawat pejuang baru yang bersedia untuk memasuki armada di dalam tempoh beberapa tahun ini, daripada pesawat pejuang generasi kelima, Su-57 “Felon” dan Su-75 “Checkmate” serta MiG-35.

Nampaknya, keperluan mendesak dalam negara telah memaksa Russia untuk melancarkan serial production pesawat pejuang MiG-35.

Sebelum ini, masa depan pesawat pejuang itu seakan terumbang-ambing kerana tiada negara luar yang dilihat berminat untuk memperolehinya, walaupun selepas promosi oleh kerajaan Russia.

Para penganalisis pertahanan Russia menyatakan bahawa pesawat pejuang MiG-35 adalah pesawat yang paling mudah untuk diadaptasi daripada segi penggunaan sistem persenjataan terbaru kerana ia mengaplikasi kaedah “open architecture.”

Bukan sahaja ia mudah diadaptasi dengan teknologi terbaru, tetapi pesawat pejuang MiG-35 itu juga akan dilengkapi dengan radar AESA (Active Electronically Scanned Array) “ZHUK-AM” yang berkuasa tinggi, sebagaimana diamalkan oleh pesawat-pesawat pejuang Barat.

“Lagi cepat pesawat musuh itu dikesan (menggunakan radar terkini), maka, adalah lagi cepat ia dimusnahkan.”

MiG-35
MiG-35 “Fulcrum Foxtrot” (via internet)

 

Menurut penganalisi pertahanan Russia, pesawat MiG-35 yang dilengkapi dengan radar AESA Zhuk-AM mampu mengesan kehadiran pesawat musuh pada jarak 220km, manakala bagi pesawat pejuang F-22 pula, ia boleh dikesan pada jarak 80km.

Kelajuan maksimum pesawat pejuang MiG-35 adalah Mach 2.25 dan boleh terbang setinggi 67,000 kaki, manakala bagi enjinnya pula, pesawat pejuang itu menggunakan dua buah enjin Klimov RD-33K.

Pesawat pejuang MiG-35 juga boleh membawa pelbagai bom-bom dan peluru berpandu terkini serta meriam 30mm.

Ia juga memiliki Electronic Warfare Pod bagi membolehkan ia menangani pesawat-pesawat musuh serta sistem pertahanan udara mereka. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...