Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

🎬Jurutera Tentera Israel Kagum “Kecanggihan” Kubu Bawah Tanah Hamas di Gaza

(VIDEO) “Saya menjangkakan ia (kubu bawah tanah di Gaza) adalah primitif, tetapi sebaliknya, ia (kubu bawah tanah di Gaza) adalah amat canggih,” kata seorang jurutera tentera Israel kepada media Amerika Syarikat, Newsweek dalam satu temuramah yang disiarkan oleh media itu pada Nov 29 lalu.

0 1,809

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Seorang jurutera tentera Israel menyatakan kekaguman beliau terhadap apa yang disifatkannya sebagai kecanggihan dan betapa menyeluruhnya kewujudan sistem kubu bawah tanah yang digunakan oleh pejuang-pejuang Hamas dan kumpulan Palestin lain di Semenanjung Gaza.

Sistem kubu bawah tanah digunakan oleh pejuang Hamas dan kumpulan pejuang Palestin lain di Gaza adalah amat ekstensif dan merupakan strategi penting mereka dalam menangani tindakan ketenteraan Israel pada ketika ini.

“Kita mengetahui bahawa inilah yang kita jangkakan akan lihat, tetapi saya tidak menjangkakan kubu-kubu bawah tanah ini terlalu kuat, bermakna ia mengandungi banyak konkrit, tangga dan banyak persimpangan di dalam kubu-kubu itu.”

“Sudah tentu, kita (tentera Israe) tidak selalu memasukinya tetapi apabila melihatnya dengan lebih dekat dan ia (kubu bawah tanah) adalah amat mengejutkan.”

“Saya menjangkakan ia (kubu bawah tanah di Gaza) adalah primitif, tetapi sebaliknya, ia (kubu bawah tanah di Gaza) adalah amat canggih,” kata jurutera tentera Israel itu kepada media Amerika Syarikat, Newsweek dalam satu temuramah yang disiarkan oleh media itu pada Nov 29 lalu.

Jurutera tentera Israel itu menyatakan bahawa kubu-kubu bawah tanah itu adalah “nyawa” kepada Hamas dan kumpulan-kumpulan Palestin yang lain di Gaza.

“Kubu-kubu bawah tanah itu kini adalah aset utama Hamas dan kumpulan pejuang lain merupakan cabaran yang besar kepada tentera Israel di dalam usahanya mereka untuk menumpaskan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin di Gaza,” kata jurutera itu.

Kubu-kubu bawah tanah di Gaza itu berkembang dengan pesat selepas 2007 berikutan pengunduran tentera Israel daripada wilayah itu dan kejayaan Hamas memenangi pilihanraya tempatan.

Jurutera tentera Israel itu menjelaskan bahawa kubu-kubu bawah tanah itu, dimana tentera Yahudi mendakwa telah menemui ratusan “pintu-pintu masuknya”, mempunyai pelbagai fungsi termasuk untuk tujuan pertahanan, serangan, penyeludupan senjatan dan barangan lain.

Seminggu sebelum gencatan senjata sementera dipersetujui antara kedua-dua pihak bertelagah, Briged Al-Qassam Hamas telah mengeluarkan video menunjukkan pejuangnya memasang bahan letupan di pintu masuk kubu bawah tanah di Beit Hanoun sebelum ketibaan anggota kejuruteraan tentera Israel.

Apabila anggota kejuruteraan tentera Israel itu tiba di pintu masuk kubu bawah tanah itu, ia telah diletupkan dan tentera Israel menyatakan bahawa empat anggotanya terbunuh dalam insiden itu.

Disebabkan bahaya sekiranya mereka memasuki kubu-kubu bawah tanah itu, maka anggota tentera Israel memberitahu Newsweek bahawa mereka kerapkali memilih untuk memusnahkan pintu-pintu masuk kubu bawah tanah itu daripada memasukinya.

“Kita tahu sekiranya melihat musuh, jika kita melihat seseorang melepaskan tembakan daripada kubu bawah tanah itu dan selepas itu berlari ke dalam kubu bawah tanah itu, maka tujuannya supaya kita memasuki kubu dan mengejar mereka.”

Kubu Bawah Tanah
Pejuang Hamas meletakkan bahan letupan di pintu masuk kubu bawah tanah di Beit Hanoun sebelum meletupkannya apabila anggota tentera Israel tiba untuk memeriksanya, membunuh empat orang anggota tentera penjajah itu,

 

“Kita tidak mahu bermain permainan mereka. Kami mahu bermain permainan kita,” kata pegawai tentera Israel itu dan menambah, mereka memilih untuk meletupkan pintu masuk kubu bawah tanah itu daripada memasukinya dan memburu anggota pejuang.

Beliau juga berkata, walaupun pintu masuk kubu bawah tanah itu diletupkan tetapi terdapat kemungkinan besar pejuang-pejuang Palestin itu masih hidup.

“Kita sebenarnya tidak mengetahui berapa ramai pejuang Palestin yang berjaya kita bunuh,” kata pegawai tentera Israel itu. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...