Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

24 Tahun Diperbaiki, Kapal Perang “Admiral Nakhimov” Kini Sedia Jalani Ujian Laut

Tentera Laut Russia menyifatkan kapal perang permukaan berkuasa nuklear itu, “Admiral Nakhimov” yang memiliki berat keseluruhan 28,000 tan (full load) sebagai kapal perang permukaan (surface ship) yang paling berkemampuan dimilikinya.

0 9,264

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia menyatakan bahawa kapal perang “terkuatnya”, kruiser-kelas Kirov “Admiral Nakhimov” (Projek 11442M) kini sudah bersedia untuk menjalani ujian di laut pada akhir tahun ini selepas kerja-kerja pembaikan dan naik-taraf terhadapnya bermula pada 1999 selesai dijalankan di Limbungan Kapal Sevmash.

Tentera Laut Russia menyifatkan kapal perang permukaan berkuasa nuklear itu, “Admiral Nakhimov” yang memiliki berat keseluruhan 28,000 tan (full load) sebagai kapal perang permukaan (surface ship) yang paling berkemampuan dimilikinya.

“Admiral Nakhimov” dan sebuah lagi kapal kruiser kelas-Kirov “Pyotr Velikiy” merupakan dua buah kapal perang permukaan milik Tentera Laut Russia berkuasa nuklear.

“Limbungan Kapal Sevmash telah memulakan proses latihan bagi anak-anak kapal Admiral Nakhimov. Kapal akan dibawa ke laut untuk menjalani latihan, dengan anak-anak kapal menguji kapal itu dalam semua keadaan operasi,” kata limbungan kapal itu baru-baru ini.

Kapal perang “Admiral Nakhimov” itu mula menjalani kerja-kerja pembaikan dan naik-taraf di Limbungan Kapal Sevmash sejak tahun 1999, hampir 24 tahun yang lalu.

Admiral Nakhimov
Admiral Nakhimov

 

Antara kerja-kerja pembaikan dan naik-taraf yang dilakukan terhadap kapal perang berkuasa nuklear itu adalah menukar uranium di dalam reaktor nuklear miliknya serta memasangnya dengan beberapa sistem persenjataan yang baru termasuk peluru-peluru berpandu kruis.

Ia akan dilengkapi dengan 176 sel-sel bagi Vertical Launch System (VLS) bagi melancarkan peluru-peluru berpandu sasaran darat dan sasaran udara.

Antara sistem persenjataan baru yang bakal dibawa oleh “Admiral Nakhimov” termasuklah peluru berpandu hypersonik “Tsirkon”, dengan pemerhati ketenteraan Russia menyatakan bahawa kapal perang “terkuat” Russia itu akan dilengkapkan dengan 60 butir peluru berpandu hypersonik itu.

Dengan kelajuan melebih Mach 8, peluru berpandu hypersonik itu boleh dilengkapi dengan kepala peledak nuklear itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 1,000km.

Selain Tsirkon, kapal perang itu juga akan dilengkapi dengan peluru berpandu kruis “Kalibr”, sistem pertahanan udara Fort-M, Pantsir-M selain sistem anti-kapal selam “Paket-NK” dan “Otvet.”

Admiral Nakhimov
Kapal perang permukaan “terkuat” Russia, Admiral Nakhimov

 

Tsirkon
Peluru berpandu Hypersonic “Tsirkon.”

 

Kapal kruiser kelas-Kirov “Admiral Nakhimov” itu telah ditauliahkan ke dalam tentera laut Kesatuan Soviet pada tahun 1988 selepas kerja-kerja pembinaannya yang bermula pada tahun 1983 disiapkan ketika era Komunis.

Nama asalnya kapal perang Russia itu adalah “Kalinin” sehinggalah pada tahun 1992 apabila nama kapal itu diubah kepada “Admiral Nakhimov.”

Kapal perang permukaan terkuat Tentera Laut Russia itu, “Admiral Nakhimov” akan berkhidmat dengan Armada Utara (Northern Fleet) apabila kapal perang itu selepas menjalani ujian di lautan. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...