Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Peluru Berpandu Anti-Kereta Kebal “Tharallah” Hezbollah Menunggu Merkava Israel

Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Tharallah” digunakan oleh pejuang Hezbollah itu dilengkapi dengan dua peluru berpandu “Dehlavieh” yang dilancarkan dalam tempoh (interval) 0.4 saat setiap satu, bertujuan untuk menumpaskan sistem pertahanan aktif “Trophy” pada kereta kebal Merkava.

0 1,649

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sekiranya kereta-kereta kebal Merkava Israel menceroboh masuk sempadan Lubnan untuk memburu pejuang-pejuang Hezbollah, ia berkemungkinan besar akan berhadapan dengan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Tharallah” milik kumpulan bersenjata itu.

Diperkenalkan oleh Hezbollah pada 2015, sistem pelancar “Tharallah” itu telah teruji dalam beberapa pertempuran di antara kumpulan bersenjata itu dengan kereta kebal Merkava dan perisai Israel.

Walaupun telah dioperasikan oleh pejuang Hezbollah pada 2015, namun kumpulan itu hanya menonjolkan peluru berpandu anti-kereta kebal itu pada 2023 dalam satu latihan oleh anggota kumpulan itu.

Pejuang-pejuang dikatakan amat berpuashati dengan kemampuan sistem peluru anti-kereta kebal ”Tharallah” itu.

Selain menggunakan sistem peluru berpandu “Tharallah”, pejuang-pejuang Hezbollah turut menggunakan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal yang lain seperti “Kornet” dan lain-lain lain.

Tharallah

Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Tharallah” digunakan oleh pejuang Hezbollah itu dilengkapi dengan dua peluru berpandu “Dehlavieh” yang dilancarkan dalam tempoh (interval) 0.4 saat setiap satu, bertujuan untuk menumpaskan sistem pertahanan aktif “Trophy” pada kereta kebal Merkava.

“Dehlavieh” merupakan varian buatan Iran sendiri untuk peluru berpandu “Kornet” buatan Russia.

Penggunaan dua butir peluru berpandu “Dehlavieh” pada sistem peluru berpandu “Tharallah” itu sememangnya bertujuan untuk menumpaskan sistem APS “Trophy” yang dipasangnya kereta-kereta kebal Merkava.

Tentera Israel memperkenalkan sistem APS “Trophy” berikutan kemusnahan kereta kebal dialaminya pada konflik dengan Hezbollah yang berlaku pada 2006.

Selepas konflik 2006, itu pihak tentera Israel telah menjalankan kajian tentang bagaimana untuk menangani serangan peluru-peluru berpandu anti-kereta kebal generasi ketiga.

Selepas beberapa tahun membangunkannya, tentera Israel telah memperkenalkan sistem pertahanan aktif “Trophy” yang dibangunkan secara bersama oleh firma pertahanan Israel, Rafael dan Leonardo DRS.

Trophy
Sistem APS “Trophy”
Merkava
Merkava

 

Sistem APS “Trophy” merupakan sistem pertahanan aktif yang paling banyak diuji di medan peperangan dengan kira-kira 1,500 kereta kebal Merkava 4 dan kenderaan-kenderaan daratnya telah dilengkapi dengan sistem pertahanan itu.

Sistem APS “Trophy” itu menggunakan radar AESA (Active Electronically Scanned Array) untuk memberikan perlindungan 360 darjah daripada sebarang ancaman.

Sebaik sahaja ancaman itu dikesan oleh radar AESA itu, sistem APS “Trophy” itu melancarkan apa yang dipanggil sebagai “penetrator” bagi memusnahkan sebarang bentuk peluru yang sedang menuju kearah kereta kebal itu.

Kesemuanya berlaku dalam tempoh milli-saat. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...