Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Cadang Kerah Kapal Perang Terkuatnya Ke Laut Hitam Hadapi Ukraine?

Kehadiran kapal-kapal kruiser berkuasa nuklear -- “Pyotr Velikiy” dan “Admiral Nakhimov” seberat 28,000 tan atau salah satunya ke Laut Hitam berhampiran Ukraine sudah tentu akan meningkatkan moral anggota tentera laut Russia yang tersentak akibat tenggelamnya kapal perang seberat lebih 11,000 tan “Moskva” pada 14 April yang lalu.

0 3,493

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas tenggelamnya kapal kruiser kelas-Slava “Moskva” beberapa minggu lepas, persoalan timbul sama ada terdapat keperluan bagi Russia mengerah kapal perang  permukaan terbesar dan terkuatnya dikenali dengan nama — “Pyotr Velikiy” dan “Admiral Nakhimov” seberat 28,000 tan setiap satu untuk menyertai konflik dengan Ukraine.

Kehadiran kapal-kapal “Pyotr Velikiy” dan “Admiral Nakhimov” atau salah satunya ke Laut Hitam berhampiran Ukraine sudah tentu akan meningkatkan moral anggota tentera laut Russia yang tersentak akibat tenggelamnya kapal perang seberat lebih 11,000 tan “Moskva” pada 14 April yang lalu.

Kapal perang “Moskva” berkuasa konvensional itu tenggelam selepas dibedil oleh peluru berpandu anti kapal “Neptune” Tentera Ukraine.

Pyotr Velikiy
Kapal perang “Pyotr Velikiy”

 

Pada ketika ini, Tentera Laut Russia memiliki kira-kira 21 buah kapal perang pelbagai jenis di Laut Hitam dengan “Moskva” adalah kapal perang terbesar dan paling berkuasa dimiliki negara itu di laut berkenaan, sebelum ia tenggelam dan berkubur di dasar Laut Hitam.

Bagaimanapun peluang untuk melihat kehadiran kedua-dua kapal perang terbesar dan terkuat Tentera Laut Russia di Laut Hitam mungkin tidak kesampaian berikutan tindakan Turki menutup Selat Bosphorus untuk ke laut strategik itu daripada sebarang kapal perang termasuk daripada Russia, Ukraine mahupun Amerika Syarikat.

Turki bertindak sedemikian untuk mengelak konflik di Ukraine itu daripada merebak.

Dibawah Konvensyen Montreux, Ankara diberi kebenaran untuk menutup selat itu daripada segala kapal perang.

Dengan berat 28,000 tan, kedua-dua kapal kruiser kelas-Kirov “Pyotr Velikiy” dan “Admiral Nakhimov” itu adalah kapal perang permukaan yang terberat dan terbesar didunia selain kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier).

Pyotr Velikiy
Kapal kruiser “Pyotr Velikiy” diiringi kapal destroyer British.

 

Bagi kapal yang didesignasi sebagai kruiser berat (heavy battlecruiser), ia sememangnya adalah amat besar berbanding kapal-kapal kruiser tentera laut negara Barat yang hanya memiliki berat sekitar 10,000 tan sahaja.

Kapal kruiser Tentera Laut Amerika Syarikat USS Lake Champlain memiliki berat sekitar 9,800 tan.

Kapal-kapal perang kruiser “Pyotr Velikiy” dan “Admiral Nakhimov” sememangnya adalah dua tiga kali ganda besarnya berbanding kapal-kapal kruiser di dunia ini.

Tandingan kedua-dua kapal kruiser berkuasa nuklear Russia ini adalah kapal-kapal pengangkut pesawat, landing helicopter dock atau amphibious assault ship.

Dengan seberat 28,000 tan dan sepanjang 280 meter, kehadiran kedua-dua kapal kruiser berkuasa nuklear Tentera Laut Russia itu sememangnya amat menggerunkan bagi kapal-kapal tentera laut Barat sekiranya ia dikerah ke Laut Hitam.

Pyotr Velikiy
Kapal kruiser “Pyotr Velikiy” sedang mengiringi sebuah kapal selam Russia.

 

Kapal kruiser “Pyotr Velikiy” pada ketika ini sedang berkhidmat dengan Northern Fleet Tentera Laut Russia dan dikatakan baru sahaja selesai menjalani latihan di Laut Barents manakala kapal Admiral Nakhimov sedang berada di limbungan kapal Sevmash, Severodvinsk untuk kerja-kerja pembaikan dan naik taraf bernilai US$1 bilion (RM4 bilion).

Tidak diketahui bila kapal kruiser “Admiral Nakhimov” itu akan kembali ke lapangan.

Sebenarnya kapal-kapal kruiser berkuasa nuklear kelas Kirov itu adalah tinggalan Soviet Union kerana ia mula dibina pada 1970-an, sebelum Russia mengambilalihnya dan memberikan ia kehidupan yang baru.

Soviet Union membina lima buah kapal kruiser kelas-Kirov bertujuan untuk “membunuh” kapal-kapal pengangkut pesawat terutamanya Amerika Syarikat.

Bagaimanapun selepas kejatuhan Soviet Union, Russia yang dihimpit dengan masalah kewangan yang meruncing dan ketidakmampuan untuk memperbaiki reactor nuklear telah menamatkan perkhidmatan tiga buah kapal kruiser kelas-Kirov yang lain. (Kirov, Admiral Lazarev dan Ural).

Pyotr Velikiy
Ketika melancarkan P-800 Oniks.

 

Salah sebuah reactor nuklear yang terdapat di kapal kelas Kirov- Admiral Lazarev dikatakan boleh meletup pada bila-bila masa sekiranya ia terus digunakan.

Kini hanya tinggal “Admiral Nakhimov” dan “Pyotr Velikiy”.

Kedua-dua kapal kruiser kelas-Kirov Tentera Laut Russia itu dilengkapi dengan puluhan pelancar peluru berpandu anti-kapal/permukaan “P-800 Oniks” yang boleh membedil sasaran sejauh sehingga 650km.

P-800 Oniks itu adalah “adik-beradik” dengan peluru berpandu Brahmos yang merupakan usahasama di antara Russia dan India.

Selain Oniks, kapal-kapal kruiser seberat 28,000 tan itu juga membawa puluhan malahan ratusan peluru berpandu kruis “Kalibr” yang telah pun terlibat secara ekstensif di Ukraine pada ketika ini.

Pyotr Velikiy

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Dalam masa beberapa tahun ini,kedua-dua kapal kruiser itu akan dipasangkan dengan pelancar peluru berpandu Hypersonic “Tsirkon” yang boleh meluncur selaju 10-15 mach dan membedil sasaran sejauh 2,000km.

Bagaimanapun, antara sistem persenjataan paling utama kedua-dua kapal kruiser berkuasa nuklear Russia itu adalah sistem pertahanan udara “S-300” yang memberikan ia perlindungan daripada sebarang serangan udara sejauh ratusan kilometre.

Sebuah kapal kruiser itu mampu menjadi “payung” kepada operasi darat tentera Russia daripada sebarang serangan udara pihak musuh.

Kehadiran kapal-kapal seperti “Pyotr Velikiy” atau “Admiral Nakhimov” boleh memberikan pelindungan udara seluas ratusan kilometer kepada operasi-operasi amfibia termasuk pendaratan tentera marin Russia di kawasan pesisir pantai Ukraine. — DSA

 

 

 

 

Comments
Loading...