Syarikat Negara Teluk Cuba Jual Unmanned Surface Vessel (USV) Pada TLDM
Abu Dhabi Ship Building (ADSB) yang merupakan sebahagian daripada anak syarikat gergasi pertahanan negara-negara Teluk dan Timur Tengah, EDGE Group dilaporkan sedang berunding dengan Kementerian Pertahanan tentang cadangannya untuk menjual platform-platform Unmanned Surface Vessel (USV) miliknya kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika ini, kita dapat melihat lebih banyak tentera-tentera laut termasuk kalangan negara-negara jiran telah mula memperkenalkan Unmanned Surface Vessel (USV) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak terkecuali.
Sebuah syarikat berpangkalan di Emeriah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi Ship Building (ADSB) sedang berusaha keras untuk menarik perhatian TLDM berkenaan platform-platform USV dibangunkannya.
ADSB yang merupakan sebahagian daripada anak syarikat gergasi pertahanan negara-negara Teluk dan Timur Tengah, EDGE Group dilaporkan sedang berunding dengan Kementerian Pertahanan tentang cadangannya untuk menjual platform-platform USV miliknya kepada TLDM.

Usaha oleh ADSB itu dilaporkan oleh portal pertahanan berbayar Timur Tengah, Tactical Report yang menyifatkannya adalah suatu “perolehan berpotensi” oleh TLDM.
ADSB dan EDGE Group turut menyertai LIMA 2023 di Langkawi pada Mei lepas, malah Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan turut sama mengunjungi dan melawat booth EDGE Group di Pusat Konvensyen Mahsuri itu.
Cadangan penjualan USV itu kepada Kementerian Pertahanan dan TLDM itu dilakukan oleh ketua pegawai eksekutif ADSB, David Massey yang dilaporkan oleh portal itu sedang berusaha keras untuk menembusi pasaran pertahanan di Asia Tenggara.
Sudah pasti, Malaysia yang mempunyai hubungan yang amat baik dengan UAE telah dikenalpasti sebagai antara pasaran paling utama untuk ditembusi oleh gergasi pertahanan Teluk dan Timur Tengah itu.
Sebagai syarikat pembuat kapal dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun, ADSB telah membangunkan beberapa jenis USV untuk kegunaan tentera-tentera laut.

Antaranya adalah 120 USV yang direka untuk bertindak dengan laju dan versatile, bersesuaian untuk menyokong pelbagai misi yang diperlukan oleh tentera laut.
Ia menggunakan bot sepanjang 12.8 meter bagi menyokong pelbagai misi berimpak tinggi pertahanan dan keselamatan termasuk mine-counter measures (MCM), peperangan anti-kapal selam (ASW) dan Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR).
Comments are closed.