Dron Bersenjata Bayraktar TB2 Bakal Jadi Punca Konflik Serbia-Kosovo?
Hubungan dua hala di antara Kosovo dengan jirannya, Serbia amat tegang pada ketika ini, terutamanya selepas keganasan yang berlaku pada bulan lepas di utara Kosovo sehingga menyebabkan banyak kecederaan kepada anggota tentera dan polis pengaman NATO. Keganasan itu berlaku di bahagian utara Kosovo yang majoriti penduduknya adalah daripada etnik Serbia.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tindakan Kosovo membeli lima buah dron bersenjata, Bayraktar TB2 daripada Turkiye telah menimbulkan kemarahan dikalangan pemimpin-pemimpin negara jirannya, Serbia.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Kosovo Albin Kurti telah menayangkan dron Bayraktar TB2 yang diperolehinya daripada Turkiye itu menerusi akaun media sosialnya dan ia telah menyebabkan kemarahan dikalangan pemimpin kerajaan Serbia.
Menurut penganalisis antarabangsa, tindakan Kurti menayangkan dron bersenjata yang turut digunakan oleh Ukraine terhadap aset tentera Russia, merupakan pernyatakan bahawa ia kini mempunyai kemampuan untuk mempertahankan diri daripada provokasi Serbia sekiranya perlu.

Serbia merupakan sekutu kuat kepada Russia dan kempen ketenteraannya di Ukraine.
Sementara itu, kerajaan Serbia menyatakan bahawa perolehan dron bersenjata Bayraktar TB2 oleh Kosovo adalah “tidak boleh diterima” sama sekali.
Pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan Serbia menyatakan bahawa perolehan dron buatan Turkiye itu akan mempengaruhi corak hubungan diplomatik di antara Belgrade dan Ankara.
Sebagai tindak balas terhadap tindakan Turkiye menjual dron bersenjata itu kepada Kosovo itu, kerajaan Serbia turut telah membatalkan rancangan sendirinya untuk membeli dron-dron bersenjata terbabit daripada negara Mediterannean itu.
Duta Turkiye ke Serbia juga telah dipanggil oleh Kementerian Luar negara itu untuk menyatakan ketidakpuasanhatinya terhadap keputusan Ankara menjual dronnya kepada Kosovo.
Hubungan dua hala di antara Kosovo dengan jirannya, Serbia amat tegang pada ketika ini, terutamanya selepas keganasan yang berlaku pada bulan lepas di utara Kosovo sehingga menyebabkan banyak kecederaan kepada anggota tentera dan polis pengaman NATO.

Keganasan itu berlaku di bahagian utara Kosovo yang majoriti penduduknya adalah daripada etnik Serbia.
Comments are closed.